Jumaat, 28 Disember 2007

sehari sebelum...

Alhamdulillah.. setakat ni, segala perancangan untuk kita bertanchap pada 4hb Januari nih semakin ok. sebagai sebuah pergerakan minoriti dan atas dasar minat dan kebajikan, memang sebarang kekurangan ada yang tak dapat dielakkan. tapi itu tak menghalang sang ahlil² komiti utk beri yang terbaik selagi daya dan mampu. malah masih ada pihak² yang percaya dengan niat kami dan mahu untuk bekerjasama bagi memeriahkan acara. kami terharu... serius kami sungguh...



"Orang Jauh Nun Disana" bakal singgah ke layar tanchap shah alam selaras dengan hajat untuk mempromosikan kehadiran album baru beliau. sesungguhnya kami terharu. ada juga karyawan yang sudi untuk singgah ke acara kami di tengah² kesibukkan jadual aktiviti beliau. kepada peminat Imran Ajmain yg popular dengan lagu "Seribu Tahun", insyallah boleh berjumpa dengan beliau (dan mungkin beli cd sekali.. jangan lambat, nanti kempunan)

"Orang Lama Layar Tanchap" dan konco²nya juga bakal turun mempromosikan EP 'Satu'. Insyallah tahun nih adalah tahun bagi mereka melebarkan sayap mereka ke persada musik arus perdana dan ternyata tidak rugi sekiranya kalian² beli EP Radiostar kerana selain dapat cd dan lagu² yang sedap didengar, kalian juga secara tidak langsung akan turut menderma kepada anak² yatim...


sifoo.com.. sebuah komuniti grafik/multimedia terunggul di tanah melayu umumnya, bakal menyerikan acara dengan penampilan sulung komuniti mereka di layar tanchap shah alam. Insyallah 4hb januari bakal menjadi permulaan bagi satu lagi usahasama kedua dua belah pihak.

Click A Child.. sebuah pertubuhan kebajikan baru yang mula menampakkan impaknya di mata umum. insyallah, malam 4hb nnt layar tanchap shah alam dan seluruh warganya bakal menyambut baik keluhuran dan kejujuran projek kebajikan ini dengan menderma dan memahami perjuangan mereka... insyallah...


xxfznxx

Rabu, 26 Disember 2007

status terkini #2


pada mereka² yang biasa dengan format layar tanchap, kami tidak pernah canang nama² performer di flyer kami kerana sesiapa jua boleh datang untuk berkarya. bagaimanapun, kami akan keluarkan satu pemberitahuan mengenai nama² performer yang secara dasarnya telah bersetuju untuk memeriahkan majlis. mereka ialah Funky Doryz, Duniya, Nazar & d'extensions, Infinatez, Najwa, Imran Ajmain, Radiostar, Otam, Noh &..., Tongkat, Bard Layarjiwa, Pash, Fynn, Roy dan Arus Pelangi. tapak² gerai pula mungkin dihuni oleh PopRina, BANGKIT, WEARENVY, SUPER SUNDAY, FOTOGRAFIK, CLICK A CHILD & SIFOO.COM. Turut memeriahkan acara.. sesi 'live painting & demo graffiti' dari CikRina & Super Sunday. tidak dilupakan, sesi filem pendek dari pelajar² UITM dan Sifoo.com.

lengkap sudah senarai ini? mungkin... mungkin tidak.. kepada mereka² yang mungkin berminat untuk berkongsi persembahan, dialu-alukan kedatangan ke galeri seni shah alam 4 januari ini. sekiranya ada masa lebih, tiada sebab untuk kalian tidak diberi peluang untuk turut sama berkarya. (jangan lupa serah nama kepada urusetia.. jangan terus gegar pentas)

nota kepada karyawan dan pemilik gerai :
datang sebelum selewat²nya pukul 8 malam untuk sebarang urusan aturan. terima kasih

Jumaat, 21 Disember 2007

IKLAN : acara² lain di bulan disember & januari...



Khamis, 20 Disember 2007

salam dari radiostar..

semalam saya, salah seorang dari komiti LTSA telah berjumpa dengan saudara Pot Amir. selain dari bercerita pasal persedian acara januari ini. saya juga telah diamanahkan oleh saudara Pot Amir untuk menjadi agen penjual EP 'Satu' sempena Layar Tanchap januari ini. jadi bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan EP 'Satu' dari kumpulan Radiostar, boleh datang ke Layar Tanchap 4 Januari ini di Galeri Seni untuk mendapatkan EP tersebut.

disklaimer : saya tak amik pre-order. mau kalu, kasi datang galeri 4hb januari ini berserta rm10 dan EP ini akan berpindah hakmiliknya.. itu saja janji yang ada. "Siapa datang & beli dulu, dia bukan dapat dulu.. tapi dapat EP 'Satu'". cetakkan pertama terhad

p/s : seperti lazimnya, cd-cd akan dijual secara langsung dari meja urusetia. terima kaseh


agen rasmi,
xxfznxx

status terkini #1

Assalammualaikum...

alhamdulillah, persiapan utk layar tanchap 4 januari nanti berlangsung dengan lancar.. setakat ini. maklum balas dari umum dan rakan² kerja sama juga nampaknya semakin seragam. insyallah untuk tahun 2008 ni akan menjadi salah satu tahun untuk layar tanchap berkembang lagi ke satu tahap yang lebih tinggi dan luas. setakat ini, sudah ada beberapa pihak yang menyuarakan minat untuk turut serta menjayakan acara pada 4hb januari ini tapi senarai penuh mereka² ini cuma akan dicanang selepas 25hb. apa yang boleh dikatakan buat masa ini ialah, "bawak je duit lebih.. ia mungkin akan memudahkan..hehehe"

Jumaat, 14 Disember 2007


feel free to download and post this eflyer where ever u see (legally) fit. terima kasih~

kami kembali januari ini!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada kamu² sekalian...


Alhamdulillah, Segala perancangan sudah diatur sebaik mungkin.. cuma menghitung hari saja lagi... Insyallah, kami akan kembali 'bertanchap' pada 4haribulan Januari 2008 di Galeri Seni Shah Alam. bermula pada pukul 8malam hingga 12malam.


Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta terlibat dengan agenda pembikinan layar tanchap, boleh hubungi kami untuk tahu masa berkumpul dan bersama sama bergotong royong buat persiapan apa yang patut (persiapan bermula seawal pukul 5pm, sound check dari 6pm sehingga sebelum mahgrib dan disambung sehingga sebelum solat isya').


Bagi yang berminat untuk terlibat sebagai artis/buka gerai, boleh hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang peluang yang ada melalui email ini : layartanchap.sa@gmail.com


sekiranya pertanyaan anda masih terlalu penting untuk disalurkan melalui email, boleh hubungi salah satu dari manusia² berikut :

syai 0192566929 / 0172741905
yani 0163559664
fauzan 0179823020 / 0166283475

kami sedia membantu dengan kemusykilan anda berkaitan layar tanchap

Selasa, 11 Disember 2007

RANtAi art event 2007


saya dengar ini merupakan acara penutup tahun 2007 bagi kominiti RANtAi. ternyata barisan² persembahan mereka mantap² belaka. saya sendiri pun macam tak sabar nak pergi ke event ni. diharapkan hujung minggu ni takde lagi kejadian kejadian yang tak diingini. more info, please visit : http://rantai-art.blogspot.com

Ahad, 9 Disember 2007

Layar Tanchap 2008

Insyallah, setakat nih nampak gaya macam takde halangan... Layar Tanchap Shah Alam akan kembali Januari 2008. tunggu dan rajin²lah lawat blog ini untuk announcement seterusnya...

Khamis, 6 Disember 2007

IKLAN : Nasyeed.com

Keterangan lanjut : +6 016 238 5785 Waie , +6 016 660 0227 Sya'arie
event@nasyeed.com23, Jln Lawan Pedang 13/27 Tadisma Busines Center. 40100 Shah Alam. Selangor | 03-55121352

Ahad, 2 Disember 2007

Click A Child Volunteer : An Opportunity To Help The Kids

Test Run (Cuba Lari?)

Alhamdulillah dan Assalammualaikum kepada semua. kepada sesiapa yg terserempak dengan blogsite ni. jangan panik².. ini merupakan satu lagi tapak cara utk kami menghebahkan kepada umum tentang aktiviti kami di Shah Alam. ini juga merupakan satu percubaan untuk menjadikan tapak blog ini sebagai satu 'online profile / report' utk semua aktiviti kami di masa depan. sudah setahun masa berlalu, cita-cita kami (Komiti LTSA) hendak wujudkan satu tapak khas bagi tujuan ini.. sebenarnya banyak kekangan.. tapi pelan pelan kayuh, akhirnya berputik juga niat ni dan berjaya diterjemahkan. Insyallah, site ni akan cuba provide semaksima input mengenai isi layar tanchap yang dijalan di bandar shah alam dan lokasi² lain.

Apa Beza tapak blog ini dengan yang ini?
Pertama sekali, ia di kendalikan oleh sekumpulan manusia yang berlainan walaupun ia sebenarnya berhubungkait. Memang nama Layar Tanchap™ kelolaan TPC™ dinaung oleh Federasi yang sama dan Komiti Layar Tanchap Shah Alam merupakan sebuah cawangan lain. Oleh itu, adalah logik jika kami di LTSA cuba memaksimakan penggunaan teknologi untuk menghebahkan makluman kepada umum mengikut faktor logistik dan geografi kami. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan fungsi tapak blog ini pada masa akan datang, akan menjadi tapak sokongan kepada laman web utama kami.

Apa Fungsi tapak blog ini?
Objektif perlaksanaan blog ini adalah sebagai pelapor kepada segala aktiviti (selalunya yang berkaitan dengan agenda seni) yang dijalankan oleh Komiti, TPC, FAITO, Rakan² Taulan, Penggiat² Seni dan Kebajikan. Sekiranya ada diantara kamu yang mempunyai bahan untuk dihebahkan (cth : acara, website, iklan, pengumuman, dll...), boleh dikirimkan kepada kami melalui email ini : layartanchap.sa@gmail.com. Insyallah sebarang perkhabaran akan diketengahkan dengan pertimbangan sewajarnya.

Siapa Komiti™?
Komiti merupakan sekumpulan manusia yang telah dan pernah, menyaksikan sesuatu dari acara Layar Tanchap, teruja dengan konsep komuniti dan ingin menyumbang sesuatu, kembali kepada komuniti tempat asal mereka. Walaupun pada dasarnya tidak semua ahlil komiti berada di penempatan yang sama, namun permulaannya telah disahkan bahawa pusat operasi untuk Layar Tanchap cawangan baru ini, yang juga dikawalselia oleh Xtra Large Ent, sebuah syarikat tempatan akan diadakan di Shah Alam. Secara umumnya, setiap Komiti ini merupakan individu² yang berminat dengan konsep fungsi hiburan ringan, anjuran secara gotong royong dari komuniti setempat dan penggiat² seni yang memerlukan suasana yang positif sebagai tempat untuk menyalurkan persembahan mereka.


Insyallah, banyak lagi perkara yang boleh diketengahkan pada post yang akan datang. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada kami melalui emel layartanchap.sa@gmail.com

 

blogger templates 3 columns