Jumaat, 29 Februari 2008

Tunda... siapa yang suka? hakikatnya terpaksa

dukacita dimaklumkan bahawa acara layar tanchap yang sepatutnya berlangsung pada 7hb mac 2008 terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada persediaan negara dan rakyat² jelata untuk pergi mengundi keesokkan harinya. bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini juga, kami telah sepakat untuk memilih 4hb april sebagai tarikh baru bagi acara layar tanchap edisi ke-2 bagi tahun 2008 ini.

diharap anda yang membaca berita ini dapat menyebarkan perkhabaran ini kepada rakan taulan, sahabat handai, jiran tetangga, sedara mara yang telah menyimpan niat untuk pergi ke galeri seni bersama rakan taulan, sahabat handai, jiran tetangga dan sedara maranya pada hari kejadian.

sekali lagi kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang berlaku, dan kami juga memohon maaf kepada performer yang mungkin telah melakukan persiapan untuk ke layar tanchap di bulan mac ini. sekiranya masih ada kesudian, tempat kalian masih ada menanti di bulan april ini dan kami bakal berhubung dengan kamu² (performer) mengenai tarikh baru acara dan tindakan-tindakan yang boleh diambil bersama.

untuk kesekian kalinya kami, Ahlil Komiti, juga bagi pihak XLE, TPC, Galeri Seni, Nasyeed.com, Souldelite.com memohon maaf kepada semua yang telah berhajat untuk ke galeri seni bagi memeriahkan acara layar tanchap mac ini, diatas segala kesulitan yang berlaku.

serba salah,
-fzn-

Rabu, 27 Februari 2008

Eksperimentasi : alamat baru...

hari ini saya tiada kerja
hari ini saya dapat idea
hari ini saya cuba
apa kata awak cuba sama?


alamat ke blog LTSA sudah ditambah (status beta). boleh bookmark atau hapal atau tulis di aplikasi tulisan kesukaan.. cuma jangan conteng di harta awam sudah..

http://layartanchapshahalam.blogspot.com (alamat #1)
http://ltsa.blogsite.org (alamat #2)


apa beza?
  • penggunaan abjad yg kurang sebanyak 51.52%
  • mungkin lebih memudahkan sesiapa utk mengingati?

apa sama?
blog yang sama..

jika ada masalah dgn alamat #2. sila guna alamat #1 dan jgn lupa laporkan pada kami. terima kasih

masih sempat.. Sifoo.com's Reka Foto Warisan

Ahad, 24 Februari 2008

BARU : format penyertaan gambar dilayar..

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda.

pemberitahuan ini ditujukan khas kepada rakan² jurukamera yang ingin menghantar gambar untuk tujuan slideshow di layar tanchap shah alam. berikut merupakan sedikit pesanan dan panduan asas yang ingin saya kongsi bersama...

  • anda boleh, digalakkan menghantar 5-10 gambar per person. sekiranya lebih, boleh dibawa bincang dulu dengan komiti. pada anda yang ingin menghantar kurang dari 5 gambar, gambar kalian akan dicampurkan kedalam folder gambar 'campuran' kami.
**baru tambah** format gambar yg boleh dihantar kepada kami ialah jpeg, jpg, gif (non-animated), dan png. klu anda ada niat mau cuba hantar format psd, ai, pcx, tiff atau selain yg dinyatakan diatas. sila convert dahulu.

juga diingatkan, setiap imej yg dihantar mestilah didalam stand-alone still image format seperti yg dinyatakan diatas, bukan yg telah di-compile menjadi format movie (avi, mpeg, m4a, 3gp dan sekutu²nya) format ini tidak compatible dengan perisian slideshow kami. sila jangan pentingkan diri sendiri. terima kasih (gambar² yg dihantar, tetapi telah di compress menggunakan winzip atau winrar masih dibolehkan cuma kami tidak bertanggungjawab terhadap komplikasi yg bakal muncul sekiranya file zip/rar corrupt)

  • proses penghantaran gambar kepada komiti digalakkan melalui email layartanchap.sa@gmail.com dengan tajuk "SLIDESHOW". cara lain tidak diterima.
buat masa ini, kami tidak lagi akan menerima permintaan untuk menayangkan gambar secara "last minit" tanpa pertimbangan kami kerana ia bakal mengganggu "rentak" dan aturan sistem aplikasi perisian yang telah dibuat untuk malam itu. ini telah terbukti berlaku dan telah menimbulkan masalah berkait dan gangguan emosi pada pihak² tertentu terutama sekali pada mereka yang telah bersusah payah, minta bantuan rakan² hantar sikawan ke galeri supaya termakbul harapan sikawan tu dapat kongsi gambar dilayar tanchap tapi bila last minit submit, alih² gambar tak kluar, lalu kami dimarah didalam hati kerna telah menyusahkan rakan si kawan tadi yang telah memandu meredah lalulintas, mencari tempat yang tak familiar dan menghabiskan minyak dan masa rakannya. kami faham kemarahan itu jadi kami sepakat untuk tidak mengizinkan kamu ada perasan marah pada malam itu. jadi seelok-eloknya, hantarlah gambar² itu selewat lewatnya dua/tiga hari sebelum tarikh acara (contoh layar tanchap 7hb mac.. hantarlah ia sekitar 5-6hb.. lagi awal lagi molek).

sebab kedua kenapa kami tidak lagi akan menerima gambar 'byhand' ialah kerna takut medium yang disampaikan kelak bervirus dan kehilangan tanpa dapat dikesan. kami ada satu laptop beroperasi malam itu, jadi sekiranya ditakdirkan ia kena sampuk malam itu, maka terbantutlah salah satu acara malam itu.

  • sukacita diingatkan, setakat ini kami tidak pernah lagi meletakkan had saiz paparan gambar yg ingin dihantar kepada kami. semuanya atas percaturan dan pertimbangan kamu sendiri. dengan kata lainnya, ikut yang sesuai.. jika kamu sanggup attach satu fail gambar bersaiz 3-4mb sebanyak 5 keping.. atau 10 keping.. kami juga sanggup untuk muat turun gambar² itu dari email kami.. serius ni tak tipu. tapi andai berlaku ketidakserasian dengan sistem slideshow kami kelak, kami mungkin terpaksa downsize kan juga saiz kepada yang lebih munasabah dan mesra sistem. seandainya perkara tersebut berlaku, akan kami beritahu melalui email...
  • kami juga masih belum dipaksa mengetatkan syarat² jenis gambar yang dibolehkan untuk tujuan paparan. setakat ini, syarat nyata yang paling asas ialah tiada gambar yg boleh atau ada unsur provokasi minda dan perasaan. sekiranya ada, kami syorkan anda tidak menghantar gambar tersebut kepada kami kerna kami pasti tidak akan menyiarkan gambar tersebut tanpa penjelasan yang terpeinci. in short, self-censorship is a welcome exercise. syarat nyata kedua ialah gambar yang ada hak cipta terpelihara. walaupun kami mungkin tidak akan tahu kesahihan hak milik gambar yang dihantar kepada kami, kami tidak teragak agak untuk memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memudahkan proses perlaksanaan undang undang membabitkan hak cipta gambar² yang tersiar semasa acara layar tanchap berlangsung. if u cant be original, learn from the original...
rasanya itu saja buat masa ini, andai ada teguran dan soalan, boleh komen saya diartikel ini, mana soalan atau point yang boleh diketengahkan akan saya selitkan dalam post selepas ini.

** PERINGATAN : notis diatas hanya untuk jurukamera dan foto²nya saja. panduan untuk filem pendek akan di titip di post yang lain... **


Terima Kasih Warga UITM Puncak Perdana!

kami ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para pelajar yang terlibat dengan Layar Tanchap Pelikat anjuran Pelajar² FACT, UITM Shah Alam. pada hari Jumaat 22hb februari 2008. kamu² di Puncak Perdana tidak kurang hebat beracara di malam itu. kepada yang datang, yang sporting buka gerai, yang perform, yang tunggu sehingga ke penghujung acara, terima kasih sekali lagi.. insyallah ada rezeki, dan kalau dijemput lagi, boleh je kot kita datang lagi... ;)

kepada yang tetiba terbaca dan tertanya... sudahlah benda dah lepas... datang saja ke galeri seni shah alam 7hb mac ini untuk 'selagi kali' bertanchap bersama kami...

Pembetulan : Willow


kepada sesiapa yang "terlepas" peluang untuk menonton persembahan ini, fret thy not, whoa! willow telah dianjakkan tarikhnya pada 29hb feb sehingga 1march ini di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. untuk sebarang pertanyaan / booking tiket. sila hubungi noio yg ter tera di dalam poster diatas.

Jumaat, 22 Februari 2008

SUARA².satumalam.satutempat.satusebab.


kepada kamu² diluar sana. kami yakin anda akan tertarik dengan acara ini. kepada kamu yang ada masa dan wang, dari dibazir ke lokasi ntahkemana², apakata anda menuju ke MMU Cyberjaya. berhibur sambil menderma dengan acara anjuran Click-A-Child ini. Persembahan hebat² mengiringi niat yang hebat². cuma saya dimaklumkan kuota promo tiket bernilai rm10 sebanyak 500 unit telah pun habis langsai dikaut manusia² yang hebat². jadi apalah salah tambah lagi rm15 untuk kesana? tak rugi punya...

disklaimer :
dengan ini saya tau yang acara ini akan berlangsung serentak dengan layar tanchap di bulan mac. tiada paksaan dan tiada perasaan hasad dengki sewaktu artikel ini ditulis. sama² berhibur dengan niat yang baik, tak salahkan?

"we spread love, not hatred"
fauzan

Ahad, 17 Februari 2008

untuk warga UITM Shah Alam, khas dari FACT


acara terbuka kepada pelajar² UITM, mula dengan aktiviti ringan selepas mahgrib, acara berat selepas isya'... tamat pada pukul 10.30malam... insyallah...

Sabtu, 16 Februari 2008

Tayangan Promosi Filem..

kata orang boleh sebarang, kata kita dengarlah juga...

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada kalian...

sukacita dimaklumkan bahawa layar tanchap shah alam yang telah dirancang akan berlangsung pada 7hb Mac ini akan dilangsungkan seperti yang telah diwar-warkan. kami telah dimaklumkan oleh pihak yang berkuasa tidak timbul sebarang isu/soalan berkaitan pemilihan tarikh acara yang berdekatan dengan tarikh pilihanraya. segala persiapan juga buat masa ini masih berlangsung seperti biasa. sekiranya ada diantara kalian yang ingin turut serta memeriahkan acara dengan persembahan/jualan, anda masih boleh mengesahkan penyertaan dengan menghubungi kami melalui email : layartanchap.sa@gmail.com atau hubungi syai : 0192566929, yani : 0163559664 atau fauzan : 0166283475 jika masih mempunyai sebarang kemusykilan.

info setempat
kepada yang masih belum tahu :

tarikh penamaan calon : 24hb Feb. 2008

tarikh pilihanraya umum : 8hb Mac 2008

.. kepada yang sudah mampu, jangan lupa tunai tanggungjawab kalian~!

Selasa, 12 Februari 2008

ada bakat? jangan di bazir

Disklaimer :
baru minggu lepas saya dititipkan eposter ini dari seorang teman. dari paparannya secara pandangan pertama memang menyatakan "ohno, not another art event.. tgh sengkek nih". tapi bila diamati, baru terperasan yang ia merupakan sebuah program anjuran kelab Interact di sebuah sekolah di subang jaya. terus akal mentafsirkan keadaan sebagai sesuatu yang ajaib. kekanak sekolah la ni sungguh bertuah, zaman saya sekolah dulu. harapkan hari kantin je la nak nampak meriah. apa yang saya cuba sampaikan kat sini, pihak sekolah sudah agak terbuka dengan cara remaja skarang. mereka benar² mengikut kata praktikal 'if you cant beat them, join them'.. sesungguhnya dari dibiarkan kekanak ini berpeleseran di tempat² yang mungkin asing (tak tau la takrifan asing utk golongan mereka ini, mungkin dah tak relevan kot anggapan si 27tahun nih), lebih baik dianjurkan satu acara yang boleh diawasi perlakuannya.

persoalan disini, kekanak ini mungkin terpengaruh dengan apa yang dilihat sebagai 'cool' dan mencadangkan agar sesuatu acara yg hampir serupa untuk dijadikan acara peringkat sekolah mereka dan secara tidak langsung membuatkan sekolah mereka kelihatan 'cool' dimata jabatan pendidikan dan umum. tetapi, mampukah pihak yang ingin turut serta menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mesra sekolah disamping mampu memberi direktif kepada jiwa² murni ini?

dari segi konsep, memang banyak sub-acara yang boleh diisi dengan pengisian yang betul. jangan terlalu difikirkan tetang untung dan coolness. harapan peribadi saya, sekiranya ada yang berminat untuk turut serta, tak kisahlah sebagai apa sekalipun, datanglah dengan niat yang betul. anda mungkin menjadi idola jiwa² murni ini. jadi tidak salah buat sesuatu yang berguna untuk jiwa mereka... skali skala ok apa? -fzn-




sekiranya berminat untuk turut serta atau ada persoalan, boleh hubungi mereka melalui cara yang terpapar di dalam poster, atau hubungi no ini : 0173149675 (diyana)

Rabu, 6 Februari 2008

pertandingan graffiti.. diatas kanvas~!

untuk lebih info, rajin²kan diri ke website TheSuperSunday


xxfznxx

Selasa, 5 Februari 2008

Suria Lounge : Musik Yang ANDA Suka~!

berikut artikel yang dipetik dari blog DJ Taj...

salaam, semua

this time around, taj ada satu lagi announcement for you guys. starting this year, suria lounge is getting a revamp. untuk hari sabtu yang terakhir untuk setiap bulan, for one hour, we will have a live jam by our local talents untuk menghiburkan semua klik suria yang setia. this won't be any slap-dash improv, mind you. tapi kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tune-in to suria lounge kan? satu lagi, bagi setiap sabtu yang pertama dan ketiga, taj juga akan ditemani oleh beberapa personaliti seni tempatan. tak kisahlah, antara penyanyi ke, komposer ke, musician ke, pr ke, manager ke, or even pelukis, penulis atau penggerak seni yang aktif. bukan untuk interview, itu semua orang buat, tapi untuk lepak berbual while enjoying music that we can groove to. jadi, bila ada tamu tu, kalaulah ada klik suria yang berminat dengan mana-mana kategori kesenian yang ada, bolehlah join-in dengan memanggil taj dan tamu di studio untuk bertanya apa-apa ataupun untuk berkenalan, right?

in the meanwhile, stay tuned to your favourite station, SuriaFM and keep groovin to 'music YOU like' di Suria Lounge, tiap Sabtu, 8-10 malam. "Many say that life entered the human body by the help of music, but the truth is that life itself is music." -Hafiz


Suria Lounge™ boleh didengar melalui frekuensi 105.3FM (Lembah Klang. Untuk kawasan lain boleh semak frekuensi disini). sekiranya anda seorang yang peka teknologi, anda juga boleh mendengar siaran SuriaFM secara "streaming" melalui link ini. (sila guna window media player, winamp atau apa juga player music pilihan anda yang berkebolehan sama seperti dua perisian tersebut). jika anda perlu untuk berhubung dengan SuriaFM. Mereka boleh dihubungi melalui surialounge@suriafm.com.my dan nombor yang boleh dihubungi ketika siaran sedang berkumandang ialah03-40411053

 

blogger templates 3 columns