Isnin, 31 Mac 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

sewaktu saya berada di melaka baru² ini. saya tersempatkan diri menonton program selamat pagi malaysia di tv1 dan secara kebetulan program tersebut sedang menemuramah seorang penulis yang agak dikenali di malaysia. (bagi seseorang yang tidak membaca buku dengan kerap, kalau dah terbiasa dengar nama, kira terkenal la tuh) beliau menceritakan mengenai sebuah buku baru yang dihasilkannya mengenai panduan hak cipta bagi karya penulisan & lukisan. buku tersebut bertajuk Karya Kita Hak Kita hasil kerja tangan Puan Nisah Haron. ia mungkin wajar dibelek kalau tidak pun dibeli oleh pengkarya pengkarya di malaysia supaya secara tidak langsung mendedahkan ilmu / info mengenai hak cipta sesuatu karya kepada seseorang karyawan. sedikit info mengenai buku ini :





Pelancaran Buku "Karya Kita Hak Kita"

Friday, April 11, 2008
4:00 PM - 6:00 PM

Putra World Trade Centre (PWTC)
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category
Other
Description
Pelancaran Buku "Karya Kita Hak Kita" (Al-Ameen Serve Holdings) - sebuah buku panduan hak cipta untuk penulis karya Nisah Haji Haron

Buku ini dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.

Semua dijemput hadir.

11 April 2008 (Jumaat)
Jam 4.00 petang
Homepage

alamat blog penulis Nisah Haji Haron

i-Care Charity Gig


segala info terdapat di flyer.. maaf sy baru dilanda tragedi. mood takde sangat nak tulis apa².. huhu

Ahad, 30 Mac 2008

ermm.. flyer takde ke?...

salam ahad kepada kalian... ;)

ada beberapa persoalan yang muncul beberapa hari nih, antaranya ialah pasal tarikh, dan terbaru pasal flyers.. salah satu sebab umum sangsi dengan kesahihan berita yang layar tanchap jadi pada 4hb ni ialah ketidak wujudnya flyers yg slalunya, pada waktu ini dah tersebar di sekitar shah alam dan lokasi² terpilih.. itu tak kira e-flyer yang sepatutnya dah tersebar melalui internet.

sesungguhnya atas alasan kerja harian dan faktor masa, kami tidak dan juga untuk membuat sebarang flyer untuk hebahan umum. PERTAMA KALI BERLAKU! tapi kami tidak menganggap ia sesuatu masalah besar kerna layar tanchap bermula dari hebahan mulut ke telinga (terma mulut ke mulut bunyi pelik di dalam bahasa melayu.. maaf). jadi selagi ada manusia yg buka mulut, dan sedia mendengar, dan kembali ke proses pertama tadi kepada individu lain.. kami hargainya dan kami mengalu-alukannya.

senarai persembahan juga dalam proses untuk diperhalusi. stakat ni hampir 80% sudah pasti. mungkin, kalau masa tidak mencemburui kami, kami akan canang nama performer di post selepas ini.

Jangan Berhenti Senyum,
xx Komiti xx

p/s : tema tanchap kali nih 'dunia / world'.. jadi kod pakaian boleh la disesuaikan dengan tema.. kami tak spesifik, jadi ikutla pemahaman sendiri pun boleh

Ahad, 23 Mac 2008

SAHIH! 040408... maaf atas kekeliruan yang berlaku

maklumlah, kekadang kita manusia hanya mampu merancang  skali skala datang dugaan, kenalah jugak dihadapi dengan sabar dan tenang...

memula sekali kami ingin memohon maaf diatas penyebaran berita yang kami sendiri sangka dah habis pasti. tetapi rupanya tidak... jadi dengan ini saya istiharkan tarikh baru acara layar tanchap edisi kedua bagi tahun 2008 jatuh pada 4hb april. perubahan tarikh tidak dapat dielakkan dari terjadi. (maaf pelajar² UNISEL.. kami tahu kamu mungkin sedikit keciwa).

jadi kepada kalian yang sudah menghebahkan tarikh sebelum ini, kami berterima kasih keatas kesungguhan kamu dan memohon maaf atas kekurangan kami dan meminta jasa baik kalian juga untuk membetulkan info tadi. terima kasih beribu ribu...

Sabtu, 22 Mac 2008

limaempatlapan atau sebelasempatlapan?

kami baru dimaklumkan dari pihak galeri shah alam yg galeri ada event pada 4hb april nih. jadi kami sedang memikirkan samada hendak buat layartanchap samada pada 5.04.08 atau pada 11.04.08. insyallah kami akan updet dan tetapkan hati dgn keputusan selewat²nya pada 25/26hb ini. sesungguhnya kami pun dah tak sanggup nak tangguh lelama lagi. ada cadangan?

Jumaat, 21 Mac 2008

EmpatEmpatKosongLapan...

betul ke?
betul kot...


jadi ke tak ni?
jadi la kot...

maleh la aku cakap dgn korang ni...
ye ke?

Khamis, 13 Mac 2008

Minggu Setiausaha.. Makan Tengahari Anda Tidak Mungkin Menjadi Lebih Mengasyikkan...

... kecuali anda memang kaki tidur sementara tunggu masa solat zuhur di ofis.. dan kemudian sambung tidur sampai habis waktu rehat...

Isnin, 10 Mac 2008

Pelancaran Pameran Seni Residen Artis Galeri Seni Shah Alam

sekadar menyampaikan pesan...

Name:
opening exhibition "Resident Artist- Intan Rafiza Abu Bakar"
Host:
GALERI SHAH ALAM
Type:
Music/Arts - Opening
Time and PlaceDate:
Saturday, March 15, 2008
Time:
8:00pm - 11:00pm
Location:
Galeri Shah Alam,
Persiaran Tasik, 40000,
Shah Alam, Malaysia

Contact Info
Phone:
0133771850
Email:
fixar_81@yahoo.com


Cordially invites all of you to the opening Art Exhibition " Resident Artist- Intan Rafiza Abu Bakar".

Will be launching by:
Datuk A.Samad Said

Special performing from:
Black, Rahmat, Arus Pelangi, Aisyah, Arjuna and open mic!!


# admission free.

saya difahamkan slot utk persembahan masih ada (open mic), siapa yang rasa berkenan, boleh tanya terus kepada residen artis utk temujanji seterusnya (sila lihat no telefon diatas)

 

blogger templates 3 columns