Isnin, 29 September 2008

salam aidilfitri dari kami buat semua yang selesa di bulan ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog LTSA.


dikesempatan ini, kami ahlil² komiti LTSA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan mohon maaf dari zahir & batin kami kepada keluarga kami, rakan seperjuangan, rakan usaha sama kami seperti Tenggara Performer Club, Galeri Seni Shah Alam, Nasyid.com & DEO Entertainment, pengunjung blog dan acara kami sepanjang kami aktif menjalankan acara kami yang tidak seberapa ini. semoga selepas menempuh bulan Ramadhan ini, telah ditimbulkan rasa ihsan & kasih sayang sesama kita didalam usaha untuk menjadi insan yg sempurna didalam dunia yang sementara ini. kepada mereka yang akan berkembara menggunakan apa jenis kenderaan sekalipun, berhati hati di jalan raya & selamat sampai kedestinasi hendaknya. harapan kami agar Ramadhan dan Syawal ini bukanlah yang terakhir buat rakan² dan kenalan² yang diingati. semoga kita berjumpa lagi.. Insyallah



Salam Ikhlas Aidilfitri Dari XLent. dan Ahlil Komiti,
Ahmad Firdaus Faiz
Syaiful Redzuan Md. Noor
Mohd. Eizani Yaacob
Ahmad Fauzan Masri
Alvin Mahathir Yunus
Shaik Zafrul Shaik Abdul Shukkor
Haryani Ab. Hamid
Hafizy Baharudin
Mohamad Zulfadli Haron
Eidil Reza Khairul Anuar
Al-Mutmainnah Suleiman



p/s: maaf posting kami 'plain' sangat. dekor ekspert dah balik cuti.. hehe

Rabu, 17 September 2008

Majlis Pelancaran EP Cik Yuna..


secara peribadi, saya amat teruja untuk memunculkan diri ke majlis ini dan memborong EP² tersebut, tapi disebabkan tidak mempunyai duit yang banyak, rasanya memadai saya dapatkan satu copy EP saja. opening lineup nya juga menarik. kepada sesiapa yg belum pernah lihat persembahan yuna, saya simpati bagi pihak anda. kepada yang tahu betapa berbakatnya beliau, anda dijemput hadir ke majlis ini... -fauzan

sekiranya anda ada facebook™, dan mahukan maklumat terkini, boleh cari di sini dan sini.
... dan saya sangat suka tgk flyers ini!

Isnin, 15 September 2008

maka tetiba muncul pula flyernya...


dititipkan oleh cik el-yaniz dari Bangkit™

Sabtu, 13 September 2008

sihat semua?

assalammualaikum dan salam sihat petang sabtu kepada kengkawan di depan pc/laptop masing²

semoga puasa dan amal kalian di bulan ramadhan ni lebih utuh dari bulan puasa yang lepas lepas, insyallah.

sebenarnya kami pun takde benda nak diupdate sangat time² camni. maklumlah, hampir semua kroni² pun sibuk dengan hal masing². tapi dalam buat hal sendiri ni, kami ada jugak dapat update dari kawan² kami di Bangkit™ mengenai projek acara akan datang mereka. kepada sesiapa yang sempat datang ke event RANtAi™ di Jaya ONE bulan Ogos lepas, mesti terperasan dengan demo acara yg Bangkit buat kat booth diorang. dari pemerhatian kami, event ni nampaknya sangat berbeza kerana temanya lebih kepada perkara bersaiz bit je. takde megabait, terrabait, gigabait. balik ke asas data. bit sahaja. event ni di panggil Colourama 2008 dan akan diadakan pada bulan November. segala persediaan sedang giat dipersiapkanoleh Team Bangkit™ dan Wearenvy™.

untuk lebih info mengenai acara ni, boleh dapatkan dari website rasmi Colourama'08 dan sekiranya ada persoalan, boleh hubungi mereka² ini :

Shukri 016 3100705 | Firdaus 012 3100042 email : colourama@ymail.com http://www.myspace.com/colourama08

 

blogger templates 3 columns