Rabu, 28 Januari 2009

Rumah Baru Kami

kami akan berpindah ke alamat baru. sila kemaskini pautan anda. terima kasih

alamat baru kami :
http://akarshahalam.blogspot.com

jumpa disana!

Isnin, 26 Januari 2009

jangan keliru!


ini merupakan flyer acara yg sama yg akan berlangsung 30hb ini. jangan keliru ya? klu ada sesiapa yg kurang mengerti, datang la ke galeri shah alam. akan diterangkan secara 'live'

sila hebahkan. terima kasih

Sabtu, 3 Januari 2009

Tahun Baru, Agenda Baru. Sebuah Pra-Kata

salam 1430 & 2009

diharap kamu semua sihat sentiasa bersama manusia dan perkara yang penting buat kamu dan semoga pada tahun baru ini, bermula sesuatu yang baik dan molek untuk kamu semua perbuat.

insyallah, kami masih ada disini. masih cuba menyumbang sesuatu pada komuniti kami. apa yang kami label sebagai 'komuniti kami' ini tidak terhad. ia boleh jadi saudara mara kamu, adik beradik kamu, jiran tetangga kamu, malah kawan baik kamu sendiri. jadi kepada mereka yang masih bertanya bagaimana mahu menjadi salah seorang komuniti LTSA, jawapannya masih sama: datang, bawa & jaga diri, pulang dengan senyum dan bukan darah.
pada mereka yang mungkin tidak berkesempatan untuk hadir, tiada sesalan selain dalam bentuk kata yang mampu kami unjurkan. sesungguhnya kami telah cuba datang dengan sesuatu kesesuaian pada semua tapi ternyata tidak semua mampu disesuaikan.

insyallah, kami cuba untuk menjadikan acara kami sebagai sesuatu yang "all access". maksud kami disini ialah dengan menjadikan acara ini mudah dihadiri baik secara fizikal mahupun maya. maaf, kami masih belum punya punca untuk buat 'live feed', tapi setakat ini apa yang kami termampu ialah 'delay recording' dan cara ini masih diperbaiki dari semasa ke semasa.

jadi apa yang kamu boleh lihat pada tahun ini? alhamdulillah, masalah-masalah teknikal kecil yang dihadapi pada tahun lepas sudah berjaya di adaptasi dan disesuaikan dengan perancangan masa depan kami. dengan itu, kami sudah mampu merencana sesuatu yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan kami. sebagai permulaan, kami akan memberi laluan kepada lebih banyak seni ekspresi kata dan jiwa selain dari nyanyian. permudahkata, sekiranya kamu penyajak, pemuisi, artis monolog, teateris.. ruang buat kamu sentiasa diutamakan. persembahan filem pendek, penyertaan kamu juga diutamakan. setelah bertahun kami menghadapi kesukaran untuk membuat segmen ini secara tetap, maka tahun ini, adalah milik kamu. gunakan kami sepenuhnya untuk menunjukkan karya kamu.

ekspresi seni fizikal. kepada pedagang dan peraga seni, penyertaan kelompok kalian juga dialu alukan. dari si penjual baju, perkhidmatan hinggalah kepada mereka yang sekadar mahu penunjukkan hasil seni mereka. tahun ini kami galakkan penyertaan kamu secara intensif.

bagaimana dengan musik?
musik masih ada tempatnya, cuma kami akan lebih memilih berbanding tahun sebelumnya. kami percaya musik pada bentuk asalnya, masih mempunyai tempatnya yang tersendiri. oleh itu, kami cuba memberi ruang kepada musik yang mampu melentur pada persekitaran kami.

jika kalian kenal atau mahu turut serta. hantarkan maklumat kalian pada kami di layartanchap.sa@gmail.com dan insyallah kami akan cuba mewujudkan satu perhubungan yang positif seterusnya.

Khamis, 27 November 2008

INFINATEZ @ Bijou Baazar

Infinatez merupakan salah satu performer yang akan turut berada di bijou baazar soho kl, mont kiara pada 29hb ini. antara nama lain yg bakal turut serta seperti senoritas, luscious, imran ajmain, the dogen, ana raffali, cloud burst, violet, ain zulkifly dan ramai lagi.

utk lebih info mengenai bijou baazar, dapatkan disini : http://bijoubazaar.blogspot.com/

LUSCIOUS @ BIJOU BAZAAR

video promo melibatkan salah satu peserta, Luscious

Rabu, 26 November 2008

ambil perhatian

30hb januari. galeri shah alam. sedia?

Isnin, 10 November 2008

pengumuman

mungkin ada sesiapa yg pernah berhubung dengan salah seorang dari kami, maka anda mungkin akan pernah dengar cita-cita tidak rasmi dari kami (termasuklah si saya) bahawasanya kami ingin mengadakan acara kami paling cepat pada hujung bulan ini, atau paling tidak awal atau hujung bulan disember... sukacita dimaklumkan... itu hanyalah ceritera dari kami yg juga sudah rindu untuk bertanchap. malangnya, diatas kesibukkan kerja harian, terpaksa kami tunda dari sehari ke sehari.

jadi secara realistiknya, kami telah sasarkan jumaat minggu pertama (2hb januari 2009) atau setidak-tidaknya, pada 9hb januari 2009 sebagai tarikh pilihan untuk kembali memulakan majlis. dan secara tidak langsung mengkotakan janji yg kami akan kembali pada awal tahun 2009. insyallah.

jadi kepada kalian yg rasa punya cadangan atau pendapat untuk diketengahkan, tidak kisah dari segi persembahan, konsep, tema.. atau personal favorite kami... persoalan & kemuskilan.. boleh diajukan kepada kami. kami suka menerimanya.

yung bnar,
-fzn-

Jumaat, 31 Oktober 2008

Tahniah Hari Bintang Jatuh

Assalamualaikum

Tahniah kepada tenaga kerja Hari Bintang Jatuh pada 25 Oktober 2008 kerana berjaya menganjurkan sebuah lagi acara kesenian.

Salah seorang ahlil komiti kami juga telah mengambil bahagian untuk mendeklamasikan puisi iaitu Cik Cici Suleiman dengan bantuan ahlil komiti yang lain iaitu En. Syai sebagai pemain gitar.

Saudari Fynn Jamal juga mempersembahkan persembahannya yang mungkin terakhir sebelum beliau dan suaminya berhijrah ke negara lain. Tahniah juga buat beliau dan terima kasih kerana tidak pernah melupakan Layar Tanchap Shah Alam.

Sebagai santapan nurani pengikut kami dan blog ini, di sini disertakan video 'Ke hadapan Bintang Jatuh' yang dideklamasikan oleh Cik Cici Suleiman pada hari tersebut. Sekian, terima kasih.




Jumaat, 17 Oktober 2008

Groove Market @ Galaxy Ampang


To all DIY/Handmade Artist/Designer/Fashion/BUndle/Vintage Boutique Trader/Musician/Filmmaker/Actor or Actress/Poet/...
GROOVY MARKET is for YOU Creative People...!! Yeah we want you...
in-conjunction of OPEN BIKE GATHERING 2008, 24-30 Nov 2008 di Galaxy Ampang.
Organized by The Groove Junction, Galaxy Ampang. Upcoming event that we support is COLOURAMA 2008, 1 Nov 2008.

anybody interested, please apply within;
groovymarket@yahoo.com or browse http://wwww.myspace.com/mygroovejunction for details.

Khamis, 16 Oktober 2008

Hari Bintang Jatuh


Apa tujuan Hari Bintang Jatuh?
Siapa sebenarnya Bintang Jatuh?

Saya dengan besar hati menjelaskan;
Bintang Jatuh adalah mereka yang kita kasih tapi tak dapat kita capai.

Ibu bapa yang meninggalkan.
Adik beradik yang terpisah.

Datuk nenek yang dimakan tua lalu meng-orang asingkan kita.
Saudara mara yang kita gaduh tapi tertanya khabar mereka.

Anak-anak yang keguguran.
Teman-teman yang berjauhan.

Sejadah yang kita rindu untuk mencium-sujud baunya.
Cita-cita dan impian waktu kecil tapi kini kita jadi lain.

Atau si dia yang atas sebab tertentu,
tak mampu kita miliki.

Ini cara saya memberitahu kalian,
bahawa kalian tak keseorangan,
dan kalian adalah askar dalam diam.

Kerana bukan mudah menyimpan rasa,
bukan mudah berdiri dalam situasi tersebut.

Jadi saya tujukan 25 haribulan,
buat kalian yang memendam Bintang Jatuh,
dan buat Sang Bintang Jatuh itu sendiri.

Pre-sale tickets to Hari Bintang Jatuh are out and it's only RM10 each! Kami keluarkan awal sebab tiket terhad. Tak naklah kalian berebut dan tak selesa kan?


Shah Alam (Sek.13, U2, Bukit Jelutong, Puncak): Man - 0122747353

Shah Alam (Pusat Bandar and up): Ikmal - 0129095881

Kota Kemuning, Shah Alam & SS15, Subang Jaya: Omar - 0123887646

Subang Jaya: Danial Radzmi, 24, Single and Ready to Mingle - 0122012054

Kelana Jaya: Shukor - 0172088840

Damansara: Oat - 0123691525

Kuala Lumpur: Hajar - 0173912065

Ampang: Ashraff - 0129025460

Melawati: Kerr - 0132243644

Serdang: Jasmin - 0129072507

Also available at THEY artstudio @ Annexe CM & The Super Sunday @ Monorail Bukit Bintang
.


♥ ,
Wani Ardy

 

blogger templates 3 columns