Selasa, 12 Februari 2008

ada bakat? jangan di bazir

Disklaimer :
baru minggu lepas saya dititipkan eposter ini dari seorang teman. dari paparannya secara pandangan pertama memang menyatakan "ohno, not another art event.. tgh sengkek nih". tapi bila diamati, baru terperasan yang ia merupakan sebuah program anjuran kelab Interact di sebuah sekolah di subang jaya. terus akal mentafsirkan keadaan sebagai sesuatu yang ajaib. kekanak sekolah la ni sungguh bertuah, zaman saya sekolah dulu. harapkan hari kantin je la nak nampak meriah. apa yang saya cuba sampaikan kat sini, pihak sekolah sudah agak terbuka dengan cara remaja skarang. mereka benar² mengikut kata praktikal 'if you cant beat them, join them'.. sesungguhnya dari dibiarkan kekanak ini berpeleseran di tempat² yang mungkin asing (tak tau la takrifan asing utk golongan mereka ini, mungkin dah tak relevan kot anggapan si 27tahun nih), lebih baik dianjurkan satu acara yang boleh diawasi perlakuannya.

persoalan disini, kekanak ini mungkin terpengaruh dengan apa yang dilihat sebagai 'cool' dan mencadangkan agar sesuatu acara yg hampir serupa untuk dijadikan acara peringkat sekolah mereka dan secara tidak langsung membuatkan sekolah mereka kelihatan 'cool' dimata jabatan pendidikan dan umum. tetapi, mampukah pihak yang ingin turut serta menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mesra sekolah disamping mampu memberi direktif kepada jiwa² murni ini?

dari segi konsep, memang banyak sub-acara yang boleh diisi dengan pengisian yang betul. jangan terlalu difikirkan tetang untung dan coolness. harapan peribadi saya, sekiranya ada yang berminat untuk turut serta, tak kisahlah sebagai apa sekalipun, datanglah dengan niat yang betul. anda mungkin menjadi idola jiwa² murni ini. jadi tidak salah buat sesuatu yang berguna untuk jiwa mereka... skali skala ok apa? -fzn-




sekiranya berminat untuk turut serta atau ada persoalan, boleh hubungi mereka melalui cara yang terpapar di dalam poster, atau hubungi no ini : 0173149675 (diyana)

3 Comments:

Tanpa Nama said...

Untuk pengetahuan anda, acara ini dianjurkan sepenuhnya oleh ahli-ahli Interact sendiri, iaitu budak-budak sekolah itu sendiri. Selalunya dalam aktiviti anjuran Kelab Interact, guru-guru tidak memainkan peranan (jika ada sangat sedikit, hanya melibatkan seorang guru penasihat kelab) dalam penganjuran acara-acara sedemikan. Jadi, kita tidak pasti adakah benar guru/sistem sekolah zaman kini betul-betul "open" dan menerima budaya orang muda dlm hal ini budaya "art event".

Kita tunggu dan lihat selepas program ini dijalankan dan perhatikan apa respon dan komen guru dll. Mungkin positif atau tidak siapa tahu, kerana mereka (guru-guru) hanya akan dapat melihat hasil akhirnya sahaja kerana mereka sendiri sesungguhnya tidak/kurang terlibat dalam penganjuran.

=)

nerdfreak said...

saya selalu berpegang kepada teori "anak² masa depan slalunya lebih advance berbanding anak² masa depan 10tahun dahulu".. jadi apa yang menarik perhatian saya disini, saya amat berharap, agar penganjur yg terdiri dari kalangan jiwa muda ni lebih 'fokus' dalam menjalankan sesuatu aktiviti. fokus disini bermaksud mengambil berat tentang segala isi kandungan acara, tapis dan pantau apa yang perlu, jangan sampai sedikit kerosakkan maka berlaku penundingan jari. kita tidak mahu peristiwa 'propaganda black metal' berulang sekali lagi. kali ini kepada "art event" yang baru mahu mula muncul dengan konsistennya.

memang sukar untuk membuat pantauan, apatah lagi tidak semua kelakuan dan kejadian boleh dikawal. hendak pula fenomena "art event" difasa awal ni. segala macam perkara boleh berlaku. sememangnya tidak mudah tapi tak salah untuk tambah usaha lebih bagi membuat acara menjadi lebih 'bersih' dan 'mesra' pengunjung. apa yang rata² penganjur acara lain biasa buat mungkin dipandang enteng namun setiap perlakuan jiwa muda ini pasti bakal menimbulkan tindakan dan ulasan berbentuk kecaman.

saya hormat dan sokong segala aktiviti yang cuba dijalankan oleh jiwa² muda ini, malah menganggap acara ini boleh digunakan sebaiknya oleh penggiat penggiat seni bagi mengetengahkan hasil dan bakat seni mereka yang sesuai pada peringkat yang lebih muda bagi tujuan pendedahan. sudah sampai masanya penggiat penggiat seni ini menjadi lebih prihatin dan sedia mondokong watak 'pendidik' bagi berkongsi fakta² dan pengalaman² mereka. sekaligus merubah pandangan umum terhadap pergerakan bebas ini.

Tanpa Nama said...

WHAT IS INTERACT CLUB?

Interact is a Rotary-sponsored service club for young people ages 14-18. The program gives young people an opportunity to participate in fun, meaningful service projects while developing leadership skills and meeting new friends.

HOW ABOUT INTERNATIONAL UNDERSTANDING DAY?

International Understanding is mainly about bringing everyone closer to one another. IU (short form) Departments usually have an annual IU Day/Night themed on a culture or a country, so members of the club can understand foreign people more and thus brings the world closer.

This year, SMK USJ4 will be focusing our sights on the Malaysian contemporary art. We are now searching for artwork frpm students, universiti students and also artist to showcase their work on that day.

 

blogger templates 3 columns