Ahad, 24 Februari 2008

BARU : format penyertaan gambar dilayar..

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda.

pemberitahuan ini ditujukan khas kepada rakan² jurukamera yang ingin menghantar gambar untuk tujuan slideshow di layar tanchap shah alam. berikut merupakan sedikit pesanan dan panduan asas yang ingin saya kongsi bersama...

  • anda boleh, digalakkan menghantar 5-10 gambar per person. sekiranya lebih, boleh dibawa bincang dulu dengan komiti. pada anda yang ingin menghantar kurang dari 5 gambar, gambar kalian akan dicampurkan kedalam folder gambar 'campuran' kami.
**baru tambah** format gambar yg boleh dihantar kepada kami ialah jpeg, jpg, gif (non-animated), dan png. klu anda ada niat mau cuba hantar format psd, ai, pcx, tiff atau selain yg dinyatakan diatas. sila convert dahulu.

juga diingatkan, setiap imej yg dihantar mestilah didalam stand-alone still image format seperti yg dinyatakan diatas, bukan yg telah di-compile menjadi format movie (avi, mpeg, m4a, 3gp dan sekutu²nya) format ini tidak compatible dengan perisian slideshow kami. sila jangan pentingkan diri sendiri. terima kasih (gambar² yg dihantar, tetapi telah di compress menggunakan winzip atau winrar masih dibolehkan cuma kami tidak bertanggungjawab terhadap komplikasi yg bakal muncul sekiranya file zip/rar corrupt)

  • proses penghantaran gambar kepada komiti digalakkan melalui email layartanchap.sa@gmail.com dengan tajuk "SLIDESHOW". cara lain tidak diterima.
buat masa ini, kami tidak lagi akan menerima permintaan untuk menayangkan gambar secara "last minit" tanpa pertimbangan kami kerana ia bakal mengganggu "rentak" dan aturan sistem aplikasi perisian yang telah dibuat untuk malam itu. ini telah terbukti berlaku dan telah menimbulkan masalah berkait dan gangguan emosi pada pihak² tertentu terutama sekali pada mereka yang telah bersusah payah, minta bantuan rakan² hantar sikawan ke galeri supaya termakbul harapan sikawan tu dapat kongsi gambar dilayar tanchap tapi bila last minit submit, alih² gambar tak kluar, lalu kami dimarah didalam hati kerna telah menyusahkan rakan si kawan tadi yang telah memandu meredah lalulintas, mencari tempat yang tak familiar dan menghabiskan minyak dan masa rakannya. kami faham kemarahan itu jadi kami sepakat untuk tidak mengizinkan kamu ada perasan marah pada malam itu. jadi seelok-eloknya, hantarlah gambar² itu selewat lewatnya dua/tiga hari sebelum tarikh acara (contoh layar tanchap 7hb mac.. hantarlah ia sekitar 5-6hb.. lagi awal lagi molek).

sebab kedua kenapa kami tidak lagi akan menerima gambar 'byhand' ialah kerna takut medium yang disampaikan kelak bervirus dan kehilangan tanpa dapat dikesan. kami ada satu laptop beroperasi malam itu, jadi sekiranya ditakdirkan ia kena sampuk malam itu, maka terbantutlah salah satu acara malam itu.

  • sukacita diingatkan, setakat ini kami tidak pernah lagi meletakkan had saiz paparan gambar yg ingin dihantar kepada kami. semuanya atas percaturan dan pertimbangan kamu sendiri. dengan kata lainnya, ikut yang sesuai.. jika kamu sanggup attach satu fail gambar bersaiz 3-4mb sebanyak 5 keping.. atau 10 keping.. kami juga sanggup untuk muat turun gambar² itu dari email kami.. serius ni tak tipu. tapi andai berlaku ketidakserasian dengan sistem slideshow kami kelak, kami mungkin terpaksa downsize kan juga saiz kepada yang lebih munasabah dan mesra sistem. seandainya perkara tersebut berlaku, akan kami beritahu melalui email...
  • kami juga masih belum dipaksa mengetatkan syarat² jenis gambar yang dibolehkan untuk tujuan paparan. setakat ini, syarat nyata yang paling asas ialah tiada gambar yg boleh atau ada unsur provokasi minda dan perasaan. sekiranya ada, kami syorkan anda tidak menghantar gambar tersebut kepada kami kerna kami pasti tidak akan menyiarkan gambar tersebut tanpa penjelasan yang terpeinci. in short, self-censorship is a welcome exercise. syarat nyata kedua ialah gambar yang ada hak cipta terpelihara. walaupun kami mungkin tidak akan tahu kesahihan hak milik gambar yang dihantar kepada kami, kami tidak teragak agak untuk memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memudahkan proses perlaksanaan undang undang membabitkan hak cipta gambar² yang tersiar semasa acara layar tanchap berlangsung. if u cant be original, learn from the original...
rasanya itu saja buat masa ini, andai ada teguran dan soalan, boleh komen saya diartikel ini, mana soalan atau point yang boleh diketengahkan akan saya selitkan dalam post selepas ini.

** PERINGATAN : notis diatas hanya untuk jurukamera dan foto²nya saja. panduan untuk filem pendek akan di titip di post yang lain... **


0 Comments:

 

blogger templates 3 columns