Selasa, 29 April 2008

Group Layar Tanchap Shah Alam @ Facebook™

salam selasa yang mesra..

selaras dengan perkembangan terkini, kini kami telah mewujudkan pula group Layar Tanchap Shah Alam di Facebook™. jadi sudi kiranya pada kalian yang ada akaun facebook untuk add kami dalam senarai group anda di Facebook™. Terima Kasih


p/s :
agenda layar tanchap shah alam di bulan mei 'terusik' skit disebabkan kepadatan dan kesaratan agenda agenda yang melintang.. jadi kami akan canang tarikh baru layar tanchap shah alam selewat lewatnya pada pertengahan bulan mei ini. harap maklum. terima kasih sekali lagi.

Rabu, 23 April 2008

Program Merakyatkan Filem @ Panggung Coliseum, KL

artikel ini diculik dari newsletter FilemKita™ (filemkita@yahoo.com)




Para peminat filem Melayu tempatan dijemput beramai-ramai untuk 
memeriahkan Program Merakyatkan Filem anjuran FINAS di Panggung 
Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada bulan April ini. Saksikan 
filem komedi hebat era 80an arahan Datuk Aziz Sattar 
iaitu "Setinggan" lakonan S. Shamsuddin, Mariani,Yusni Jaafar dan 
Ibrahim Pendek.Butir- butir lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh: 26 April 2008 (Sabtu)

Masa: 12.00 tengahari 

Tempat: Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

MASUK ADALAH PERCUMA!!!!

Jangan melepaskan peluang keemasan untuk bersama-sama menyertai Sesi 
Bertemu Bintang-Bintang "Setinggan" iaitu Datuk Aziz Sattar dan 
Mariani pada jam 1.30 petang di Foyer Panggung Coliseum.



serius.. cerita ini sangat 'cara'... boleh belajar cara betul mengipas badan.. hehehe

Sabtu, 19 April 2008

group LTSA @ Myspace.com™

sukacita dimaklumkan bahwasanya saya telah menubuhkan group LayarTanchapShahAlam di Myspace™. suka juga diingatkan ia bukanlah account page baru, tapi lebih kepada Group Page sahaja untuk kegunaan mereka² yg ada account Myspace™ dan masih aktif di sana. anggap saja group page tersebut lebih kepada usaha untuk buat gotong royong secara maya kerana di page tersebut setiap manusia yg turut serta (keahlian tidak disekat dengan kerenah birokrasi, klik saja sudah masuk) boleh contribute something.. tak kisah la gambar² di acara² layar tanchap ke, inquiries ke, puisi/sajak ke, koleksi gambar/hasil kerja tangan sendiri ke, info terkini band/produk/servis korang ke (kalu spam kena ban, cara?),.. janji tak langgar prinsip kesopanan, kesusilaan dan kesejahteraan umum.

jadi dengan ini saya menjemput saudara saudari sekalian (yang ada account Myspace™, yang dah delete atau tak buat lagi, maaf saya tak mampu tolong) agar panjangkan jemputan ni kepada kenalan² anda.... dan yang penting.. dah jemput jiran keliling, awak pun join la skali ye? terima kasih...

alamatnya : http://groups.myspace.com/layartanchapshahalam

yang mencanang,
Pegawai Perhubungan Layar Tanchap (ahaks~!)

Ahad, 6 April 2008

alhamdulillah, selesai sudah...

...alhamdulillah sekali lagi.. kalau ikut faktor logik dan masa, tak terlaksana sebenarnya layar tanchap 4hb april bebaru ni. tapi berkat kesabaran dan harapan semua. alhamdulillah termakbul juga hasrat kalian untuk berkarya di layar tanchap shah alam. terima kasih kepada semua yang meredah hujan untuk ke galeri seni shah alam. kepada mereka yang buat persembahan (antara yang saya ingat.. senarai performer tiada pada saya ketika ini.. adehh~), antaranya : Decma & TCHB, Grey Sky Morning, Sonic Mush, Otam, Bard & Kengkawan, Ana Raffali, Abang Aidit Alfian, Fa, Fynn, Atikah, Ayah Agi, Wak Dol & Rintik, Pesawat, Arus, Pelajar² UITM & UniSEL, Serambi & Funky Doryz. Gerai² yang mengagahkan diri untuk beroperasi dibawah hujan (juga yang mana saya ingat, senarai oh senarai...), antaranya : Bangkit & Click-A-Child, Sifoo.com, Chantq, Group Arus, i-Care Society, Awil & Sean, Our Happiness, Muat Muart & The Brains. jurugambar² berdaftar seramai 42 orang.. ramai sungguh korang, tak sangka.. harap korang puas malam tu ;) terima kasih kerna sudi datang, dan jangan lupa share link gambar 'ditempat kejadian' korang dengan kami (tinggalkan alamat tersebut di ruang komen/chat box, terima kasih). The Super Sunday untuk demo grafitti korang, (lambat ye..).. terima kasih ;)

dan akhir sekali, terima kasih kepada Galeri Seni Shah Alam kerana masih sudi beri tempat kepada kami dan kami minta maaf kalau terbuat sampah dan yang terlepas pandang waktu berkemas, dan DEO Entertainment kerana sponsor PA Sistem untuk malam itu. walaupun secara bidan terjun, akan kami pastikan ada lagi projek usahasama di masa hadapan ;)

Jumpa lagi Bulan Mei ini.. insyallah,

dari komiti & krew:
along, eizani, syai, pojan, afoi, phizy, yani, alvin, sean, eidil, cici, eiyja, e'in, pash & otam.

Khamis, 3 April 2008

tak tau kenapa, tapi kami buat jugak...

kalau ikutkan kami, kami memang suka buat orang tertanya siapa yang bakal buat persembahan di layar tanchap. kalau boleh biar umum yang dapat tengok sendiri 'first-hand' siapa yang bakal buat persembahan pada malam itu. memang, semua orang boleh mengaku yang mereka akan buat persembahan tapi siapa yang benar² mahu dan akan berada di hadapan kalian kelak?. tapi untuk memberi sedikit keadilan kepada mereka yang buat persembahan, dan mungkin rakan² yang hadir untuk memberi sokongan, kami lepaskan satu senarai persembahan kepada umum. mereka ini telah begitu komited untuk buat persembahan di layar tanchap. kepada rakan² lain yang masih menunggu peluang, kami memohon maaf kerana terpaksa menghadkan kuota penampilan setiap kali acara berlangsung atas faktor masa dan mengucapkan terima kasih kerana masih berminat untuk membuat persembahan bersama kami. insyallah, jika diizinkan, akan kami panjangkan jemputan kepada mereka yang masih belum berkesempatan di masa hadapan. insyallah...

setakat ini nama² ini bakal ada di layar tanchap shah alam :

Decma & TCHB
Grey Sky Morning
Ana Raffali
Rintik
Serambi
Pesawat
*Pemuisi² Undangan
**Funky Doryz (Encik Bandu kata mereka akan cuba sampai biarpun terlewat sedikit)
..

mungkin ada lagi yang lain tetiba muncul, siapa tahu? ;)

Rabu, 2 April 2008

anda mau flyer?


agak ramai insan² yg skeptikal selagi tidak nampak flyer tanchap. jadi setelah berjaya mencari dan memanipulasi masa, maka permintaan golongan² tersebut telah dimakbulkan.. terimalah... (klu boleh hebah skali.. terima kasih)

 

blogger templates 3 columns