Jumaat, 17 Oktober 2008

Groove Market @ Galaxy Ampang


To all DIY/Handmade Artist/Designer/Fashion/BUndle/Vintage Boutique Trader/Musician/Filmmaker/Actor or Actress/Poet/...
GROOVY MARKET is for YOU Creative People...!! Yeah we want you...
in-conjunction of OPEN BIKE GATHERING 2008, 24-30 Nov 2008 di Galaxy Ampang.
Organized by The Groove Junction, Galaxy Ampang. Upcoming event that we support is COLOURAMA 2008, 1 Nov 2008.

anybody interested, please apply within;
groovymarket@yahoo.com or browse http://wwww.myspace.com/mygroovejunction for details.

Rabu, 17 September 2008

Majlis Pelancaran EP Cik Yuna..


secara peribadi, saya amat teruja untuk memunculkan diri ke majlis ini dan memborong EP² tersebut, tapi disebabkan tidak mempunyai duit yang banyak, rasanya memadai saya dapatkan satu copy EP saja. opening lineup nya juga menarik. kepada sesiapa yg belum pernah lihat persembahan yuna, saya simpati bagi pihak anda. kepada yang tahu betapa berbakatnya beliau, anda dijemput hadir ke majlis ini... -fauzan

sekiranya anda ada facebook™, dan mahukan maklumat terkini, boleh cari di sini dan sini.
... dan saya sangat suka tgk flyers ini!

Isnin, 15 September 2008

maka tetiba muncul pula flyernya...


dititipkan oleh cik el-yaniz dari Bangkit™

Sabtu, 13 September 2008

sihat semua?

assalammualaikum dan salam sihat petang sabtu kepada kengkawan di depan pc/laptop masing²

semoga puasa dan amal kalian di bulan ramadhan ni lebih utuh dari bulan puasa yang lepas lepas, insyallah.

sebenarnya kami pun takde benda nak diupdate sangat time² camni. maklumlah, hampir semua kroni² pun sibuk dengan hal masing². tapi dalam buat hal sendiri ni, kami ada jugak dapat update dari kawan² kami di Bangkit™ mengenai projek acara akan datang mereka. kepada sesiapa yang sempat datang ke event RANtAi™ di Jaya ONE bulan Ogos lepas, mesti terperasan dengan demo acara yg Bangkit buat kat booth diorang. dari pemerhatian kami, event ni nampaknya sangat berbeza kerana temanya lebih kepada perkara bersaiz bit je. takde megabait, terrabait, gigabait. balik ke asas data. bit sahaja. event ni di panggil Colourama 2008 dan akan diadakan pada bulan November. segala persediaan sedang giat dipersiapkanoleh Team Bangkit™ dan Wearenvy™.

untuk lebih info mengenai acara ni, boleh dapatkan dari website rasmi Colourama'08 dan sekiranya ada persoalan, boleh hubungi mereka² ini :

Shukri 016 3100705 | Firdaus 012 3100042 email : colourama@ymail.com http://www.myspace.com/colourama08

Khamis, 14 Ogos 2008

Rantai Merdeka di Jaya ONE


Rantai Merdeka @ Jaya One

we are calling all members of the art community,
who are enthusiast and energetic to be a part of this event.
we're having our merdeka art event at
@ jaya one, sek 17, petaling jaya
this coming 29th, 30th n 31st.
there will be art exhibitions, theater,
screenings, art booths, poem recital
and other things that are related to art
more than 20 musicians will be entertaining during
this 3 days event.

*art booth
*art exhibition
*poem recital
*theater sketch

For any info, don’t hesitate to email us your
Inquiries, and please do follow up by calling us.

Email : rantai.art@gmail.com
akim - 0127628324

and we too are scouting volunteers for this event,
if you think you have what it takes, please email us your details.

-----------

More Info At / Lebih Maklumat Di :
RANtAi's Official Site / Laman Rasmi RANtAi

Ahad, 13 Julai 2008

Cerita Pendek : Bila Pungguk Rindukan Bulan

saya terima jemputan. jemputan ini untuk dipanjangkan. sebarang soalan boleh diajukan. ajukan pada si dia.
terima kasih & harap maklum

Khamis, 15 Mei 2008

Malam Akustika RANtAi



mengikut dari pesanan penganjur. untuk sebarang pertanyaan, boleh dirujuk disini

Selasa, 29 April 2008

Group Layar Tanchap Shah Alam @ Facebook™

salam selasa yang mesra..

selaras dengan perkembangan terkini, kini kami telah mewujudkan pula group Layar Tanchap Shah Alam di Facebook™. jadi sudi kiranya pada kalian yang ada akaun facebook untuk add kami dalam senarai group anda di Facebook™. Terima Kasih


p/s :
agenda layar tanchap shah alam di bulan mei 'terusik' skit disebabkan kepadatan dan kesaratan agenda agenda yang melintang.. jadi kami akan canang tarikh baru layar tanchap shah alam selewat lewatnya pada pertengahan bulan mei ini. harap maklum. terima kasih sekali lagi.

Rabu, 23 April 2008

Program Merakyatkan Filem @ Panggung Coliseum, KL

artikel ini diculik dari newsletter FilemKita™ (filemkita@yahoo.com)




Para peminat filem Melayu tempatan dijemput beramai-ramai untuk 
memeriahkan Program Merakyatkan Filem anjuran FINAS di Panggung 
Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada bulan April ini. Saksikan 
filem komedi hebat era 80an arahan Datuk Aziz Sattar 
iaitu "Setinggan" lakonan S. Shamsuddin, Mariani,Yusni Jaafar dan 
Ibrahim Pendek.Butir- butir lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh: 26 April 2008 (Sabtu)

Masa: 12.00 tengahari 

Tempat: Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

MASUK ADALAH PERCUMA!!!!

Jangan melepaskan peluang keemasan untuk bersama-sama menyertai Sesi 
Bertemu Bintang-Bintang "Setinggan" iaitu Datuk Aziz Sattar dan 
Mariani pada jam 1.30 petang di Foyer Panggung Coliseum.



serius.. cerita ini sangat 'cara'... boleh belajar cara betul mengipas badan.. hehehe

Rabu, 2 April 2008

anda mau flyer?


agak ramai insan² yg skeptikal selagi tidak nampak flyer tanchap. jadi setelah berjaya mencari dan memanipulasi masa, maka permintaan golongan² tersebut telah dimakbulkan.. terimalah... (klu boleh hebah skali.. terima kasih)

Isnin, 31 Mac 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

sewaktu saya berada di melaka baru² ini. saya tersempatkan diri menonton program selamat pagi malaysia di tv1 dan secara kebetulan program tersebut sedang menemuramah seorang penulis yang agak dikenali di malaysia. (bagi seseorang yang tidak membaca buku dengan kerap, kalau dah terbiasa dengar nama, kira terkenal la tuh) beliau menceritakan mengenai sebuah buku baru yang dihasilkannya mengenai panduan hak cipta bagi karya penulisan & lukisan. buku tersebut bertajuk Karya Kita Hak Kita hasil kerja tangan Puan Nisah Haron. ia mungkin wajar dibelek kalau tidak pun dibeli oleh pengkarya pengkarya di malaysia supaya secara tidak langsung mendedahkan ilmu / info mengenai hak cipta sesuatu karya kepada seseorang karyawan. sedikit info mengenai buku ini :





Pelancaran Buku "Karya Kita Hak Kita"

Friday, April 11, 2008
4:00 PM - 6:00 PM

Putra World Trade Centre (PWTC)
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category
Other
Description
Pelancaran Buku "Karya Kita Hak Kita" (Al-Ameen Serve Holdings) - sebuah buku panduan hak cipta untuk penulis karya Nisah Haji Haron

Buku ini dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.

Semua dijemput hadir.

11 April 2008 (Jumaat)
Jam 4.00 petang
Homepage

alamat blog penulis Nisah Haji Haron

i-Care Charity Gig


segala info terdapat di flyer.. maaf sy baru dilanda tragedi. mood takde sangat nak tulis apa².. huhu

Khamis, 13 Mac 2008

Minggu Setiausaha.. Makan Tengahari Anda Tidak Mungkin Menjadi Lebih Mengasyikkan...

... kecuali anda memang kaki tidur sementara tunggu masa solat zuhur di ofis.. dan kemudian sambung tidur sampai habis waktu rehat...

Isnin, 10 Mac 2008

Pelancaran Pameran Seni Residen Artis Galeri Seni Shah Alam

sekadar menyampaikan pesan...

Name:
opening exhibition "Resident Artist- Intan Rafiza Abu Bakar"
Host:
GALERI SHAH ALAM
Type:
Music/Arts - Opening
Time and PlaceDate:
Saturday, March 15, 2008
Time:
8:00pm - 11:00pm
Location:
Galeri Shah Alam,
Persiaran Tasik, 40000,
Shah Alam, Malaysia

Contact Info
Phone:
0133771850
Email:
fixar_81@yahoo.com


Cordially invites all of you to the opening Art Exhibition " Resident Artist- Intan Rafiza Abu Bakar".

Will be launching by:
Datuk A.Samad Said

Special performing from:
Black, Rahmat, Arus Pelangi, Aisyah, Arjuna and open mic!!


# admission free.

saya difahamkan slot utk persembahan masih ada (open mic), siapa yang rasa berkenan, boleh tanya terus kepada residen artis utk temujanji seterusnya (sila lihat no telefon diatas)

Rabu, 27 Februari 2008

masih sempat.. Sifoo.com's Reka Foto Warisan

Ahad, 24 Februari 2008

Pembetulan : Willow


kepada sesiapa yang "terlepas" peluang untuk menonton persembahan ini, fret thy not, whoa! willow telah dianjakkan tarikhnya pada 29hb feb sehingga 1march ini di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. untuk sebarang pertanyaan / booking tiket. sila hubungi noio yg ter tera di dalam poster diatas.

Jumaat, 22 Februari 2008

SUARA².satumalam.satutempat.satusebab.


kepada kamu² diluar sana. kami yakin anda akan tertarik dengan acara ini. kepada kamu yang ada masa dan wang, dari dibazir ke lokasi ntahkemana², apakata anda menuju ke MMU Cyberjaya. berhibur sambil menderma dengan acara anjuran Click-A-Child ini. Persembahan hebat² mengiringi niat yang hebat². cuma saya dimaklumkan kuota promo tiket bernilai rm10 sebanyak 500 unit telah pun habis langsai dikaut manusia² yang hebat². jadi apalah salah tambah lagi rm15 untuk kesana? tak rugi punya...

disklaimer :
dengan ini saya tau yang acara ini akan berlangsung serentak dengan layar tanchap di bulan mac. tiada paksaan dan tiada perasaan hasad dengki sewaktu artikel ini ditulis. sama² berhibur dengan niat yang baik, tak salahkan?

"we spread love, not hatred"
fauzan

Ahad, 17 Februari 2008

untuk warga UITM Shah Alam, khas dari FACT


acara terbuka kepada pelajar² UITM, mula dengan aktiviti ringan selepas mahgrib, acara berat selepas isya'... tamat pada pukul 10.30malam... insyallah...

Sabtu, 16 Februari 2008

Tayangan Promosi Filem..

Selasa, 12 Februari 2008

ada bakat? jangan di bazir

Disklaimer :
baru minggu lepas saya dititipkan eposter ini dari seorang teman. dari paparannya secara pandangan pertama memang menyatakan "ohno, not another art event.. tgh sengkek nih". tapi bila diamati, baru terperasan yang ia merupakan sebuah program anjuran kelab Interact di sebuah sekolah di subang jaya. terus akal mentafsirkan keadaan sebagai sesuatu yang ajaib. kekanak sekolah la ni sungguh bertuah, zaman saya sekolah dulu. harapkan hari kantin je la nak nampak meriah. apa yang saya cuba sampaikan kat sini, pihak sekolah sudah agak terbuka dengan cara remaja skarang. mereka benar² mengikut kata praktikal 'if you cant beat them, join them'.. sesungguhnya dari dibiarkan kekanak ini berpeleseran di tempat² yang mungkin asing (tak tau la takrifan asing utk golongan mereka ini, mungkin dah tak relevan kot anggapan si 27tahun nih), lebih baik dianjurkan satu acara yang boleh diawasi perlakuannya.

persoalan disini, kekanak ini mungkin terpengaruh dengan apa yang dilihat sebagai 'cool' dan mencadangkan agar sesuatu acara yg hampir serupa untuk dijadikan acara peringkat sekolah mereka dan secara tidak langsung membuatkan sekolah mereka kelihatan 'cool' dimata jabatan pendidikan dan umum. tetapi, mampukah pihak yang ingin turut serta menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mesra sekolah disamping mampu memberi direktif kepada jiwa² murni ini?

dari segi konsep, memang banyak sub-acara yang boleh diisi dengan pengisian yang betul. jangan terlalu difikirkan tetang untung dan coolness. harapan peribadi saya, sekiranya ada yang berminat untuk turut serta, tak kisahlah sebagai apa sekalipun, datanglah dengan niat yang betul. anda mungkin menjadi idola jiwa² murni ini. jadi tidak salah buat sesuatu yang berguna untuk jiwa mereka... skali skala ok apa? -fzn-




sekiranya berminat untuk turut serta atau ada persoalan, boleh hubungi mereka melalui cara yang terpapar di dalam poster, atau hubungi no ini : 0173149675 (diyana)

 

blogger templates 3 columns