Jumaat, 29 Ogos 2008

Salam Ramadhan... Masa Untuk Merdekakan Jiwa, Nafsu & Akal

Assalammualaikum....

saya bagi pihak komiti LTSA, ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Meyambut & Beramal Di Bulan Ramadhan Al Mubarak pada semua Muslim & Muslimah di seluruh malaysia dan yang dapat membaca post ini. semoga terbuka hati kita semua untuk beramal dengan lebih kusyu'. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf andai kata ada sebarang kesilapan, ketersinggung perasaan, salah kata kepada pengunjung², performer², rakan usahasama dan rakan² sepanjang tahun ini. diharap dengan sifat kemaafan ini akan membuatkan hati kita semua lebih selesa untuk beramal di bulan Ramadhan ini.

Akhir kata, jaga diri kalian, sayangi diri, keluarga dan yang tersayang. Insyallah, kita bertemu lagi di sesi layar tanchap shah alam pada tahun hadapan.

perhatian : kami memang cuti sampai awal tahun, tapi kami tak berhenti kumpul feedback dan inquiries. jika ada, emel kami. terima kasih

Khamis, 14 Ogos 2008

Maaf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali

salam,

kami dalam proses untuk menukar layout blog LTSA, jadi dari semasa ke semasa, mungkin bakal terjadi perubahan yg bakal menyukarkan pelawat blog. kami mohon maaf atas kekalutan ini dan insyallah perkara ini tidak akan berlangsung dalam keadaan lama.

semoga hari anda ceria,
-fauzan

Ahad, 10 Ogos 2008

Terima Kasih & Jumpa Lagi

salam mingguan,

saya bagi pihak komiti layar tanchap, ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua hadirin yg telah melapangkan masa untuk ke laman budaya shah alam pada 9hb ogos. sesungguhnya sambutan yg diberikan tidak disangka sama sekali. kami amat terharu terhadap sokongan yg telah diberikan. walaupun layar tanchap merdeka merupakan siri layar tanchap shah alam yg terakhir buat tahun 2008. insyallah, kami dan kamu² semua akan berjumpa lagi didalam siri layar tanchap shah alam yg akan datang. sehingga waktu itu tiba, jaga diri kalian dan keluarga.

-fauzan

Ahad, 8 Jun 2008

sedikit perkhabaran terbaru...

salam ahad kepada kalian... seronok tgk bola pagi²?

sedikit info terkini, kepada yang masih tidak tahu.. komiti Layar Tanchap Shah Alam, sekali lagi ingin menjemput kalian dan kenalan kalian untuk bersama sama memeriahkan majlis di galeri seni shah alam pada 27 jun 2008 bagi satu lagi edisi Layar Tanchap. kali ini kita kembali dengan tema "Sahabat". setelah hampir lima tahun kami bertanchap, sudah ramai manusia yang kami kenal, ada yang hilang, ada yang datang & pergi, ada yang tetap dihati. mereka ini tidak lain merupakan 'sahabat' kami dikala kami mula beresolusi yang seharusnya ada sesuatu tempat untuk berkumpul dan mempersembahkan 'kepercayaan' dan 'kemampuan' kepada mereka yang turut sama percaya. jadi sekiranya kalian turut percaya, bawa teman², kawan², sahabat² ke layar tanchap, eratkan dan jalinkan perhubungan disitu. semoga akan ada perkembangan didalam kehidupan anda kelak.

kepada yang mungkin tertanya².. apa agenda 'bertanchap di KLIA?' yang mungkin ada kedengaran. insyallah, pada 14 Jun 2008, kami Komiti² yang sedia ada akan turut serta menjayakan program Project Green Planet anjuran KLIA sempena Hari Alam Sekitar. kami akan berada disana dibawah nama XL's Green Camp dimana kami, dan performer² yang terpilih akan menjayakan persembahan dan program² lain yang telah diatur oleh pihak KLIA. saya difahamkan tempoh acara akan berlangsung dari 7pagi sehingga 5petang dan akan turut dirasmikan oleh Menteri di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. lebih info mengenai perkara ini akan dipaparkan dalam masa terdekat ini. tapi buat sesiapa yang mampu untuk ke perkarangan KLIA pada 14hb ini, anda dijemput hadir...

Khamis, 15 Mei 2008

kepada yang bertanya.. intai² rancangan komiti sehingga akhir tahun

alhamdulillah.. ramai jugak yang bertanya bila tarikh layar tanchap yg seterusnya. memang tidak dinafikan kami jua hanya mampu merancang, tapi ketentuan tetap pada-Nya. jadi sememangnya perancangan untuk bertanchap pada bulan Mei terpaksa di 'carry forward' ke bulan Jun, sekali gus mengesahkan yang status acara layar tanchap seterusnya juga akan dianjakkan ke bulan Ogos. selepas itu kita akan berpuasa sekitar bulan Sept, raya di bulan Okt dan kembali 'available' di bulan Nov & Disember.. sukacita diingatkan selalunya komiti LTSA cuti di dua bulan terakhir setiap tahun bagi memberi laluan kepada kerja²/rutin² harian. oleh itu, adalah selamat untuk dianggapkan bahawa, sekiranya semua berlangsung seperti dirancang, Ogos merupakan acara layar tanchap shah alam terakhir untuk tahun ini. dan bebaru ni, kami komiti mana yang sempat ada, telah memilih tarikh secara dasar, bagi acara layar tanchap bagi kedua dua bulan ini yakni pada 27jun08 dan 2(atau9)Ogos08. jadi insyallah, fokus komiti akan lebih menjurus kepada melaksanakan penetapan pada tarikh² berikut dan semua pihak² yang terlibat akan dihubungi.

itu saja buat masa ini, terima kasih

Sabtu, 19 April 2008

group LTSA @ Myspace.com™

sukacita dimaklumkan bahwasanya saya telah menubuhkan group LayarTanchapShahAlam di Myspace™. suka juga diingatkan ia bukanlah account page baru, tapi lebih kepada Group Page sahaja untuk kegunaan mereka² yg ada account Myspace™ dan masih aktif di sana. anggap saja group page tersebut lebih kepada usaha untuk buat gotong royong secara maya kerana di page tersebut setiap manusia yg turut serta (keahlian tidak disekat dengan kerenah birokrasi, klik saja sudah masuk) boleh contribute something.. tak kisah la gambar² di acara² layar tanchap ke, inquiries ke, puisi/sajak ke, koleksi gambar/hasil kerja tangan sendiri ke, info terkini band/produk/servis korang ke (kalu spam kena ban, cara?),.. janji tak langgar prinsip kesopanan, kesusilaan dan kesejahteraan umum.

jadi dengan ini saya menjemput saudara saudari sekalian (yang ada account Myspace™, yang dah delete atau tak buat lagi, maaf saya tak mampu tolong) agar panjangkan jemputan ni kepada kenalan² anda.... dan yang penting.. dah jemput jiran keliling, awak pun join la skali ye? terima kasih...

alamatnya : http://groups.myspace.com/layartanchapshahalam

yang mencanang,
Pegawai Perhubungan Layar Tanchap (ahaks~!)

Ahad, 6 April 2008

alhamdulillah, selesai sudah...

...alhamdulillah sekali lagi.. kalau ikut faktor logik dan masa, tak terlaksana sebenarnya layar tanchap 4hb april bebaru ni. tapi berkat kesabaran dan harapan semua. alhamdulillah termakbul juga hasrat kalian untuk berkarya di layar tanchap shah alam. terima kasih kepada semua yang meredah hujan untuk ke galeri seni shah alam. kepada mereka yang buat persembahan (antara yang saya ingat.. senarai performer tiada pada saya ketika ini.. adehh~), antaranya : Decma & TCHB, Grey Sky Morning, Sonic Mush, Otam, Bard & Kengkawan, Ana Raffali, Abang Aidit Alfian, Fa, Fynn, Atikah, Ayah Agi, Wak Dol & Rintik, Pesawat, Arus, Pelajar² UITM & UniSEL, Serambi & Funky Doryz. Gerai² yang mengagahkan diri untuk beroperasi dibawah hujan (juga yang mana saya ingat, senarai oh senarai...), antaranya : Bangkit & Click-A-Child, Sifoo.com, Chantq, Group Arus, i-Care Society, Awil & Sean, Our Happiness, Muat Muart & The Brains. jurugambar² berdaftar seramai 42 orang.. ramai sungguh korang, tak sangka.. harap korang puas malam tu ;) terima kasih kerna sudi datang, dan jangan lupa share link gambar 'ditempat kejadian' korang dengan kami (tinggalkan alamat tersebut di ruang komen/chat box, terima kasih). The Super Sunday untuk demo grafitti korang, (lambat ye..).. terima kasih ;)

dan akhir sekali, terima kasih kepada Galeri Seni Shah Alam kerana masih sudi beri tempat kepada kami dan kami minta maaf kalau terbuat sampah dan yang terlepas pandang waktu berkemas, dan DEO Entertainment kerana sponsor PA Sistem untuk malam itu. walaupun secara bidan terjun, akan kami pastikan ada lagi projek usahasama di masa hadapan ;)

Jumpa lagi Bulan Mei ini.. insyallah,

dari komiti & krew:
along, eizani, syai, pojan, afoi, phizy, yani, alvin, sean, eidil, cici, eiyja, e'in, pash & otam.

Khamis, 3 April 2008

tak tau kenapa, tapi kami buat jugak...

kalau ikutkan kami, kami memang suka buat orang tertanya siapa yang bakal buat persembahan di layar tanchap. kalau boleh biar umum yang dapat tengok sendiri 'first-hand' siapa yang bakal buat persembahan pada malam itu. memang, semua orang boleh mengaku yang mereka akan buat persembahan tapi siapa yang benar² mahu dan akan berada di hadapan kalian kelak?. tapi untuk memberi sedikit keadilan kepada mereka yang buat persembahan, dan mungkin rakan² yang hadir untuk memberi sokongan, kami lepaskan satu senarai persembahan kepada umum. mereka ini telah begitu komited untuk buat persembahan di layar tanchap. kepada rakan² lain yang masih menunggu peluang, kami memohon maaf kerana terpaksa menghadkan kuota penampilan setiap kali acara berlangsung atas faktor masa dan mengucapkan terima kasih kerana masih berminat untuk membuat persembahan bersama kami. insyallah, jika diizinkan, akan kami panjangkan jemputan kepada mereka yang masih belum berkesempatan di masa hadapan. insyallah...

setakat ini nama² ini bakal ada di layar tanchap shah alam :

Decma & TCHB
Grey Sky Morning
Ana Raffali
Rintik
Serambi
Pesawat
*Pemuisi² Undangan
**Funky Doryz (Encik Bandu kata mereka akan cuba sampai biarpun terlewat sedikit)
..

mungkin ada lagi yang lain tetiba muncul, siapa tahu? ;)

Ahad, 30 Mac 2008

ermm.. flyer takde ke?...

salam ahad kepada kalian... ;)

ada beberapa persoalan yang muncul beberapa hari nih, antaranya ialah pasal tarikh, dan terbaru pasal flyers.. salah satu sebab umum sangsi dengan kesahihan berita yang layar tanchap jadi pada 4hb ni ialah ketidak wujudnya flyers yg slalunya, pada waktu ini dah tersebar di sekitar shah alam dan lokasi² terpilih.. itu tak kira e-flyer yang sepatutnya dah tersebar melalui internet.

sesungguhnya atas alasan kerja harian dan faktor masa, kami tidak dan juga untuk membuat sebarang flyer untuk hebahan umum. PERTAMA KALI BERLAKU! tapi kami tidak menganggap ia sesuatu masalah besar kerna layar tanchap bermula dari hebahan mulut ke telinga (terma mulut ke mulut bunyi pelik di dalam bahasa melayu.. maaf). jadi selagi ada manusia yg buka mulut, dan sedia mendengar, dan kembali ke proses pertama tadi kepada individu lain.. kami hargainya dan kami mengalu-alukannya.

senarai persembahan juga dalam proses untuk diperhalusi. stakat ni hampir 80% sudah pasti. mungkin, kalau masa tidak mencemburui kami, kami akan canang nama performer di post selepas ini.

Jangan Berhenti Senyum,
xx Komiti xx

p/s : tema tanchap kali nih 'dunia / world'.. jadi kod pakaian boleh la disesuaikan dengan tema.. kami tak spesifik, jadi ikutla pemahaman sendiri pun boleh

Selasa, 29 Januari 2008

Video Layar Tanchap Januari #1. (Edisi Kaum Hawa)











tiga video dari layar tanchap yang lepas (januari 2008) menampilkan penampilan pertama kali cik Yuna dan sebuah puisi yang mampu meragut jiwa dari cik Fynn. video lain bakal menyusul seminggu dua lagi... insyallah

Khamis, 24 Januari 2008

masakan pokok boleh bergoyang tanpa hembusan sang angin...

salam khamis buat semua pengunjung blog LTSA...

sekadar pemberitahuan... tanda awal² di kalendar/organizer kamu dan teman².. 7hb mac 2008 ;)


jangan lupa SENYUM!

xxfznxx

Jumaat, 11 Januari 2008

sesuatu yang lebih penting

poster ihsan dari Saifullah@Utusan

ia boleh terjadi pada sesiapa saja. ahli keluarga perempuan anda, jiran anda, saudara mara anda mahupun kenalan anda. sentiasalah beringat dan bantu-membantulah selagi mampu.

Selasa, 8 Januari 2008

ulasan layar tanchap.. pandangan sipemerhati

ulasan satu :

dari Click A Child

ulasan dua :

dari Encik Kevin Yeoh


mahukan ulasan anda di kepil bersama ulasan² ini?
email kami dgn link anda. insyallah kami proses...

Isnin, 7 Januari 2008

terima & sama² kasih..

saya bagi pihak komiti layar tanchap shah alam dan sekutu sekutu utama, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu kamu semua.... ya, kalian kalian yg telah datang ke layar tanchap shah alam edisi januari, kalian² yg telah memenuhkan setiap ruang yg ada untuk bertanchap bersama kami, sampai ada ketikanya kami jadi serba salah sebab tak mampu nak suruh korang duduk kerna setiap inci tempat yg boleh diduduki telah diisi. terima kasih juga kepada karyawan dan karyawati yg telah menjayakan layar tanchap.. sesungguhnya ini adalah pertama kali saya tak dpt nak menikmati KESEMUA persembahan disebabkan oleh sambutan luar biasa penonton malam itu, saya berada di ruang saya sendiri sampai sy rasa terkilan pasal tak dapat menikmati karya² kalian.. sesungguhnya.. walaubagaimanapun saya percaya kamu semua telah memberikan yg terbaik. kepada pengusaha² gerai.. terima kasih kerna sudi datang menyerikan acara...

dikesempatan ini juga, sy bagi pihak komiti ingin meminta maaf andaikata terdapat sebarang salah dan silap sepanjang acara ini berlangsung, minta maaf kepada pengunjung yg mungkin tidak selesa dgn kesan kepadatan tempat, minta maaf kepada karyawan² yg mungkin terganggu persembahan kalian disebabkan sebarang masalah berkaitan pa sistem, teknikal, konflik jadual
.. minta maaf juga kepada gerai² disebabkan kekurangan kami. maafkan kami jika kami ada terlanjur kata, tersilap perhitungan dengan sesiapa saja yg berada di galeri seni.

semoga kita berjumpa lagi.. insyallah di bulan mac ini

KOMITI™,
along
syai
fauzan
yani
alvin
afoi
eizani
fizy
sean
eidil
cici


gambar dicuri dengan tulus ikhlas dari myspace Click A Child. huhu

Jumaat, 28 Disember 2007

sehari sebelum...

Alhamdulillah.. setakat ni, segala perancangan untuk kita bertanchap pada 4hb Januari nih semakin ok. sebagai sebuah pergerakan minoriti dan atas dasar minat dan kebajikan, memang sebarang kekurangan ada yang tak dapat dielakkan. tapi itu tak menghalang sang ahlil² komiti utk beri yang terbaik selagi daya dan mampu. malah masih ada pihak² yang percaya dengan niat kami dan mahu untuk bekerjasama bagi memeriahkan acara. kami terharu... serius kami sungguh...



"Orang Jauh Nun Disana" bakal singgah ke layar tanchap shah alam selaras dengan hajat untuk mempromosikan kehadiran album baru beliau. sesungguhnya kami terharu. ada juga karyawan yang sudi untuk singgah ke acara kami di tengah² kesibukkan jadual aktiviti beliau. kepada peminat Imran Ajmain yg popular dengan lagu "Seribu Tahun", insyallah boleh berjumpa dengan beliau (dan mungkin beli cd sekali.. jangan lambat, nanti kempunan)

"Orang Lama Layar Tanchap" dan konco²nya juga bakal turun mempromosikan EP 'Satu'. Insyallah tahun nih adalah tahun bagi mereka melebarkan sayap mereka ke persada musik arus perdana dan ternyata tidak rugi sekiranya kalian² beli EP Radiostar kerana selain dapat cd dan lagu² yang sedap didengar, kalian juga secara tidak langsung akan turut menderma kepada anak² yatim...


sifoo.com.. sebuah komuniti grafik/multimedia terunggul di tanah melayu umumnya, bakal menyerikan acara dengan penampilan sulung komuniti mereka di layar tanchap shah alam. Insyallah 4hb januari bakal menjadi permulaan bagi satu lagi usahasama kedua dua belah pihak.

Click A Child.. sebuah pertubuhan kebajikan baru yang mula menampakkan impaknya di mata umum. insyallah, malam 4hb nnt layar tanchap shah alam dan seluruh warganya bakal menyambut baik keluhuran dan kejujuran projek kebajikan ini dengan menderma dan memahami perjuangan mereka... insyallah...


xxfznxx

Khamis, 20 Disember 2007

status terkini #1

Assalammualaikum...

alhamdulillah, persiapan utk layar tanchap 4 januari nanti berlangsung dengan lancar.. setakat ini. maklum balas dari umum dan rakan² kerja sama juga nampaknya semakin seragam. insyallah untuk tahun 2008 ni akan menjadi salah satu tahun untuk layar tanchap berkembang lagi ke satu tahap yang lebih tinggi dan luas. setakat ini, sudah ada beberapa pihak yang menyuarakan minat untuk turut serta menjayakan acara pada 4hb januari ini tapi senarai penuh mereka² ini cuma akan dicanang selepas 25hb. apa yang boleh dikatakan buat masa ini ialah, "bawak je duit lebih.. ia mungkin akan memudahkan..hehehe"

Jumaat, 14 Disember 2007


feel free to download and post this eflyer where ever u see (legally) fit. terima kasih~

Ahad, 2 Disember 2007

Test Run (Cuba Lari?)

Alhamdulillah dan Assalammualaikum kepada semua. kepada sesiapa yg terserempak dengan blogsite ni. jangan panik².. ini merupakan satu lagi tapak cara utk kami menghebahkan kepada umum tentang aktiviti kami di Shah Alam. ini juga merupakan satu percubaan untuk menjadikan tapak blog ini sebagai satu 'online profile / report' utk semua aktiviti kami di masa depan. sudah setahun masa berlalu, cita-cita kami (Komiti LTSA) hendak wujudkan satu tapak khas bagi tujuan ini.. sebenarnya banyak kekangan.. tapi pelan pelan kayuh, akhirnya berputik juga niat ni dan berjaya diterjemahkan. Insyallah, site ni akan cuba provide semaksima input mengenai isi layar tanchap yang dijalan di bandar shah alam dan lokasi² lain.

Apa Beza tapak blog ini dengan yang ini?
Pertama sekali, ia di kendalikan oleh sekumpulan manusia yang berlainan walaupun ia sebenarnya berhubungkait. Memang nama Layar Tanchap™ kelolaan TPC™ dinaung oleh Federasi yang sama dan Komiti Layar Tanchap Shah Alam merupakan sebuah cawangan lain. Oleh itu, adalah logik jika kami di LTSA cuba memaksimakan penggunaan teknologi untuk menghebahkan makluman kepada umum mengikut faktor logistik dan geografi kami. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan fungsi tapak blog ini pada masa akan datang, akan menjadi tapak sokongan kepada laman web utama kami.

Apa Fungsi tapak blog ini?
Objektif perlaksanaan blog ini adalah sebagai pelapor kepada segala aktiviti (selalunya yang berkaitan dengan agenda seni) yang dijalankan oleh Komiti, TPC, FAITO, Rakan² Taulan, Penggiat² Seni dan Kebajikan. Sekiranya ada diantara kamu yang mempunyai bahan untuk dihebahkan (cth : acara, website, iklan, pengumuman, dll...), boleh dikirimkan kepada kami melalui email ini : layartanchap.sa@gmail.com. Insyallah sebarang perkhabaran akan diketengahkan dengan pertimbangan sewajarnya.

Siapa Komiti™?
Komiti merupakan sekumpulan manusia yang telah dan pernah, menyaksikan sesuatu dari acara Layar Tanchap, teruja dengan konsep komuniti dan ingin menyumbang sesuatu, kembali kepada komuniti tempat asal mereka. Walaupun pada dasarnya tidak semua ahlil komiti berada di penempatan yang sama, namun permulaannya telah disahkan bahawa pusat operasi untuk Layar Tanchap cawangan baru ini, yang juga dikawalselia oleh Xtra Large Ent, sebuah syarikat tempatan akan diadakan di Shah Alam. Secara umumnya, setiap Komiti ini merupakan individu² yang berminat dengan konsep fungsi hiburan ringan, anjuran secara gotong royong dari komuniti setempat dan penggiat² seni yang memerlukan suasana yang positif sebagai tempat untuk menyalurkan persembahan mereka.


Insyallah, banyak lagi perkara yang boleh diketengahkan pada post yang akan datang. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada kami melalui emel layartanchap.sa@gmail.com

 

blogger templates 3 columns