Sabtu, 3 Januari 2009

Tahun Baru, Agenda Baru. Sebuah Pra-Kata

salam 1430 & 2009

diharap kamu semua sihat sentiasa bersama manusia dan perkara yang penting buat kamu dan semoga pada tahun baru ini, bermula sesuatu yang baik dan molek untuk kamu semua perbuat.

insyallah, kami masih ada disini. masih cuba menyumbang sesuatu pada komuniti kami. apa yang kami label sebagai 'komuniti kami' ini tidak terhad. ia boleh jadi saudara mara kamu, adik beradik kamu, jiran tetangga kamu, malah kawan baik kamu sendiri. jadi kepada mereka yang masih bertanya bagaimana mahu menjadi salah seorang komuniti LTSA, jawapannya masih sama: datang, bawa & jaga diri, pulang dengan senyum dan bukan darah.
pada mereka yang mungkin tidak berkesempatan untuk hadir, tiada sesalan selain dalam bentuk kata yang mampu kami unjurkan. sesungguhnya kami telah cuba datang dengan sesuatu kesesuaian pada semua tapi ternyata tidak semua mampu disesuaikan.

insyallah, kami cuba untuk menjadikan acara kami sebagai sesuatu yang "all access". maksud kami disini ialah dengan menjadikan acara ini mudah dihadiri baik secara fizikal mahupun maya. maaf, kami masih belum punya punca untuk buat 'live feed', tapi setakat ini apa yang kami termampu ialah 'delay recording' dan cara ini masih diperbaiki dari semasa ke semasa.

jadi apa yang kamu boleh lihat pada tahun ini? alhamdulillah, masalah-masalah teknikal kecil yang dihadapi pada tahun lepas sudah berjaya di adaptasi dan disesuaikan dengan perancangan masa depan kami. dengan itu, kami sudah mampu merencana sesuatu yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan kami. sebagai permulaan, kami akan memberi laluan kepada lebih banyak seni ekspresi kata dan jiwa selain dari nyanyian. permudahkata, sekiranya kamu penyajak, pemuisi, artis monolog, teateris.. ruang buat kamu sentiasa diutamakan. persembahan filem pendek, penyertaan kamu juga diutamakan. setelah bertahun kami menghadapi kesukaran untuk membuat segmen ini secara tetap, maka tahun ini, adalah milik kamu. gunakan kami sepenuhnya untuk menunjukkan karya kamu.

ekspresi seni fizikal. kepada pedagang dan peraga seni, penyertaan kelompok kalian juga dialu alukan. dari si penjual baju, perkhidmatan hinggalah kepada mereka yang sekadar mahu penunjukkan hasil seni mereka. tahun ini kami galakkan penyertaan kamu secara intensif.

bagaimana dengan musik?
musik masih ada tempatnya, cuma kami akan lebih memilih berbanding tahun sebelumnya. kami percaya musik pada bentuk asalnya, masih mempunyai tempatnya yang tersendiri. oleh itu, kami cuba memberi ruang kepada musik yang mampu melentur pada persekitaran kami.

jika kalian kenal atau mahu turut serta. hantarkan maklumat kalian pada kami di layartanchap.sa@gmail.com dan insyallah kami akan cuba mewujudkan satu perhubungan yang positif seterusnya.

5 Comments:

Tanpa Nama said...

insyallah decma&tchb nak join lagi dis yearr..nanti kami set utk calling2 n berbincang2 yerr geng!:D salam hormat..

adib =]

nerdfreak said...

pewwittt..decma&tchb.. besh tuh

Je suis un combattant said...

hye,
with whom should i contact to know when is the exactly layar tanchap event. i've been waitng the whole weekend just to end up with frustration when there is no event at the Gallery. my emel sherzain84@yahoo.com. tq

Layar Tanchap Shah Alam said...

salam,

buat masa sekarang, kami boleh dihubungi melalui emel layartanchap.sa@gmail.com. sekiranya ada pertanyaan, boleh hubungi kami disini. acara pembukaan tahun kami akan diadakan pada 30januari2009 digaleri shah alam. bermula selepas isya'

kami memohon maaf andai cik telah mendapat info yang salah. kami tiada niat. ampun

Tanpa Nama said...

salam

 

blogger templates 3 columns