Jumaat, 29 Februari 2008

Tunda... siapa yang suka? hakikatnya terpaksa

dukacita dimaklumkan bahawa acara layar tanchap yang sepatutnya berlangsung pada 7hb mac 2008 terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada persediaan negara dan rakyat² jelata untuk pergi mengundi keesokkan harinya. bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini juga, kami telah sepakat untuk memilih 4hb april sebagai tarikh baru bagi acara layar tanchap edisi ke-2 bagi tahun 2008 ini.

diharap anda yang membaca berita ini dapat menyebarkan perkhabaran ini kepada rakan taulan, sahabat handai, jiran tetangga, sedara mara yang telah menyimpan niat untuk pergi ke galeri seni bersama rakan taulan, sahabat handai, jiran tetangga dan sedara maranya pada hari kejadian.

sekali lagi kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang berlaku, dan kami juga memohon maaf kepada performer yang mungkin telah melakukan persiapan untuk ke layar tanchap di bulan mac ini. sekiranya masih ada kesudian, tempat kalian masih ada menanti di bulan april ini dan kami bakal berhubung dengan kamu² (performer) mengenai tarikh baru acara dan tindakan-tindakan yang boleh diambil bersama.

untuk kesekian kalinya kami, Ahlil Komiti, juga bagi pihak XLE, TPC, Galeri Seni, Nasyeed.com, Souldelite.com memohon maaf kepada semua yang telah berhajat untuk ke galeri seni bagi memeriahkan acara layar tanchap mac ini, diatas segala kesulitan yang berlaku.

serba salah,
-fzn-

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns