Jumaat, 31 Oktober 2008

Tahniah Hari Bintang Jatuh

Assalamualaikum

Tahniah kepada tenaga kerja Hari Bintang Jatuh pada 25 Oktober 2008 kerana berjaya menganjurkan sebuah lagi acara kesenian.

Salah seorang ahlil komiti kami juga telah mengambil bahagian untuk mendeklamasikan puisi iaitu Cik Cici Suleiman dengan bantuan ahlil komiti yang lain iaitu En. Syai sebagai pemain gitar.

Saudari Fynn Jamal juga mempersembahkan persembahannya yang mungkin terakhir sebelum beliau dan suaminya berhijrah ke negara lain. Tahniah juga buat beliau dan terima kasih kerana tidak pernah melupakan Layar Tanchap Shah Alam.

Sebagai santapan nurani pengikut kami dan blog ini, di sini disertakan video 'Ke hadapan Bintang Jatuh' yang dideklamasikan oleh Cik Cici Suleiman pada hari tersebut. Sekian, terima kasih.




1 Comment:

WNRD said...

Terima kasih. :)

 

blogger templates 3 columns