Rabu, 26 Disember 2007

status terkini #2


pada mereka² yang biasa dengan format layar tanchap, kami tidak pernah canang nama² performer di flyer kami kerana sesiapa jua boleh datang untuk berkarya. bagaimanapun, kami akan keluarkan satu pemberitahuan mengenai nama² performer yang secara dasarnya telah bersetuju untuk memeriahkan majlis. mereka ialah Funky Doryz, Duniya, Nazar & d'extensions, Infinatez, Najwa, Imran Ajmain, Radiostar, Otam, Noh &..., Tongkat, Bard Layarjiwa, Pash, Fynn, Roy dan Arus Pelangi. tapak² gerai pula mungkin dihuni oleh PopRina, BANGKIT, WEARENVY, SUPER SUNDAY, FOTOGRAFIK, CLICK A CHILD & SIFOO.COM. Turut memeriahkan acara.. sesi 'live painting & demo graffiti' dari CikRina & Super Sunday. tidak dilupakan, sesi filem pendek dari pelajar² UITM dan Sifoo.com.

lengkap sudah senarai ini? mungkin... mungkin tidak.. kepada mereka² yang mungkin berminat untuk berkongsi persembahan, dialu-alukan kedatangan ke galeri seni shah alam 4 januari ini. sekiranya ada masa lebih, tiada sebab untuk kalian tidak diberi peluang untuk turut sama berkarya. (jangan lupa serah nama kepada urusetia.. jangan terus gegar pentas)

nota kepada karyawan dan pemilik gerai :
datang sebelum selewat²nya pukul 8 malam untuk sebarang urusan aturan. terima kasih

3 Comments:

dreamer said...

::lawa la sume muke2 familiar..
::kasi layan skit layar tanchap kali ni. Insyaallah

Tanpa Nama said...

terima kasih kepada anda.

Tanpa Nama said...

oh... layan ni.

 

blogger templates 3 columns