Sabtu, 2 Ogos 2008

Layar Tanchap MERDEKA!!


Tempat: Laman Budaya Shah Alam
Tarikh: 9 Ogos (Sabtu)
Masa: 3 ptg sampai 12 tgh mlm

Layar Tanchap kembali lagi. Seperti tahun lepas, sekali lagi kita menggunakan tema Merdeka. Jadi eloklah sekiranya pada hari tersebut kita memakai baju kebangsaan atau pakaian yg melambangkan dan sesuai dengan tema merdeka. Kali ini tempoh masa ada lain sikit, start 3 ptg. Antara lain tujuannya ialah kita boleh berkenalan dan beramah mesra lama sikit ^_^ Tempatnya pun di Laman Budaya, selalu kita buat di Galeri Seni kan? Tapi jgn keliru sebab tempatnya lebih kurang sama sahaja, parking tempat yang sama. Bila sampai Galeri Seni, anda juga sudah sgt dekat dgn Laman Budaya, jaraknya lebih kurang beberapa puluh jengkal.

Kita seharusnya bersyukur kerana kita bebas berkarya dan berpeluang untuk mempamerkan bakat seni yang kita ada. Kalau perlu dibandingkan dgn sesetengah negara lain, mereka nak fikir pasal seni pun susah, tapi kita ada platform untuk mengembangkan imaginasi kita. Apa yang kami harapkan ialah kita semua bertegur sapa, tolong menolong dan bergotong royong menjayakan Layar Tanchap Merdeka ini. Juga kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan ini, ia sebenarnya membawa satu pengertian yang besar dan bermakna. Jadi anak-anak muda - bangun, sedar dan bertindak!! ^_^ Aku sayang Malaysia!!!

Kita berjumpa di sana ya!! Salam ^_^

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns