Infinatez merupakan salah satu performer yang akan turut berada di bijou baazar soho kl, mont kiara pada 29hb ini. antara nama lain yg bakal turut serta seperti senoritas, luscious, imran ajmain, the dogen, ana raffali, cloud burst, violet, ain zulkifly dan ramai lagi.
utk lebih info mengenai bijou baazar, dapatkan disini : http://bijoubazaar.blogspot.com/
Khamis, 27 November 2008
INFINATEZ @ Bijou Baazar
Rabu, 26 November 2008
ambil perhatian
Dicatat oleh nerdfreak di 12:12 PTG 1 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Isnin, 10 November 2008
pengumuman
jadi secara realistiknya, kami telah sasarkan jumaat minggu pertama (2hb januari 2009) atau setidak-tidaknya, pada 9hb januari 2009 sebagai tarikh pilihan untuk kembali memulakan majlis. dan secara tidak langsung mengkotakan janji yg kami akan kembali pada awal tahun 2009. insyallah.
jadi kepada kalian yg rasa punya cadangan atau pendapat untuk diketengahkan, tidak kisah dari segi persembahan, konsep, tema.. atau personal favorite kami... persoalan & kemuskilan.. boleh diajukan kepada kami. kami suka menerimanya.
yung bnar,
-fzn-
Dicatat oleh nerdfreak di 12:31 PG 5 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Jumaat, 31 Oktober 2008
Tahniah Hari Bintang Jatuh
Tahniah kepada tenaga kerja Hari Bintang Jatuh pada 25 Oktober 2008 kerana berjaya menganjurkan sebuah lagi acara kesenian.
Salah seorang ahlil komiti kami juga telah mengambil bahagian untuk mendeklamasikan puisi iaitu Cik Cici Suleiman dengan bantuan ahlil komiti yang lain iaitu En. Syai sebagai pemain gitar.
Saudari Fynn Jamal juga mempersembahkan persembahannya yang mungkin terakhir sebelum beliau dan suaminya berhijrah ke negara lain. Tahniah juga buat beliau dan terima kasih kerana tidak pernah melupakan Layar Tanchap Shah Alam.
Sebagai santapan nurani pengikut kami dan blog ini, di sini disertakan video 'Ke hadapan Bintang Jatuh' yang dideklamasikan oleh Cik Cici Suleiman pada hari tersebut. Sekian, terima kasih.
Jumaat, 17 Oktober 2008
Groove Market @ Galaxy Ampang

To all DIY/Handmade Artist/Designer/Fashion/BUndle/Vintage Boutique Trader/Musician/Filmmaker/Actor or Actress/Poet/...
GROOVY MARKET is for YOU Creative People...!! Yeah we want you...
in-conjunction of OPEN BIKE GATHERING 2008, 24-30 Nov 2008 di Galaxy Ampang.
Organized by The Groove Junction, Galaxy Ampang. Upcoming event that we support is COLOURAMA 2008, 1 Nov 2008.
anybody interested, please apply within;
groovymarket@yahoo.com or browse http://wwww.myspace.com/mygroovejunction for details.
Khamis, 16 Oktober 2008
Hari Bintang Jatuh

Apa tujuan Hari Bintang Jatuh?
Siapa sebenarnya Bintang Jatuh?
Saya dengan besar hati menjelaskan;
Bintang Jatuh adalah mereka yang kita kasih tapi tak dapat kita capai.
Ibu bapa yang meninggalkan.
Adik beradik yang terpisah.
Datuk nenek yang dimakan tua lalu meng-orang asingkan kita.
Saudara mara yang kita gaduh tapi tertanya khabar mereka.
Anak-anak yang keguguran.
Teman-teman yang berjauhan.
Sejadah yang kita rindu untuk mencium-sujud baunya.
Cita-cita dan impian waktu kecil tapi kini kita jadi lain.
Atau si dia yang atas sebab tertentu,
tak mampu kita miliki.
Ini cara saya memberitahu kalian,
bahawa kalian tak keseorangan,
dan kalian adalah askar dalam diam.
Kerana bukan mudah menyimpan rasa,
bukan mudah berdiri dalam situasi tersebut.
Jadi saya tujukan 25 haribulan,
buat kalian yang memendam Bintang Jatuh,
dan buat Sang Bintang Jatuh itu sendiri.
Pre-sale tickets to Hari Bintang Jatuh are out and it's only RM10 each! Kami keluarkan awal sebab tiket terhad. Tak naklah kalian berebut dan tak selesa kan?
Shah Alam (Sek.13, U2, Bukit Jelutong, Puncak): Man - 0122747353
Shah Alam (Pusat Bandar and up): Ikmal - 0129095881
Kota Kemuning, Shah Alam & SS15, Subang Jaya: Omar - 0123887646
Subang Jaya: Danial Radzmi, 24, Single and Ready to Mingle - 0122012054
Kelana Jaya: Shukor - 0172088840
Damansara: Oat - 0123691525
Kuala Lumpur: Hajar - 0173912065
Ampang: Ashraff - 0129025460
Melawati: Kerr - 0132243644
Serdang: Jasmin - 0129072507
Also available at THEY artstudio @ Annexe CM & The Super Sunday @ Monorail Bukit Bintang.
♥ ,
Wani Ardy


Isnin, 29 September 2008
salam aidilfitri dari kami buat semua yang selesa di bulan ramadhan
Ahmad Firdaus Faiz
Syaiful Redzuan Md. Noor
Mohd. Eizani Yaacob
Ahmad Fauzan Masri
Alvin Mahathir Yunus
Shaik Zafrul Shaik Abdul Shukkor
Haryani Ab. Hamid
Hafizy Baharudin
Mohamad Zulfadli Haron
Eidil Reza Khairul Anuar
Al-Mutmainnah Suleiman
p/s: maaf posting kami 'plain' sangat. dekor ekspert dah balik cuti.. hehe
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 8:57 PG 1 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Rabu, 17 September 2008
Majlis Pelancaran EP Cik Yuna..
sekiranya anda ada facebook™, dan mahukan maklumat terkini, boleh cari di sini dan sini.
... dan saya sangat suka tgk flyers ini!
Isnin, 15 September 2008
Sabtu, 13 September 2008
sihat semua?
semoga puasa dan amal kalian di bulan ramadhan ni lebih utuh dari bulan puasa yang lepas lepas, insyallah.
sebenarnya kami pun takde benda nak diupdate sangat time² camni. maklumlah, hampir semua kroni² pun sibuk dengan hal masing². tapi dalam buat hal sendiri ni, kami ada jugak dapat update dari kawan² kami di Bangkit™ mengenai projek acara akan datang mereka. kepada sesiapa yang sempat datang ke event RANtAi™ di Jaya ONE bulan Ogos lepas, mesti terperasan dengan demo acara yg Bangkit buat kat booth diorang. dari pemerhatian kami, event ni nampaknya sangat berbeza kerana temanya lebih kepada perkara bersaiz bit je. takde megabait, terrabait, gigabait. balik ke asas data. bit sahaja. event ni di panggil Colourama 2008 dan akan diadakan pada bulan November. segala persediaan sedang giat dipersiapkanoleh Team Bangkit™ dan Wearenvy™.
untuk lebih info mengenai acara ni, boleh dapatkan dari website rasmi Colourama'08 dan sekiranya ada persoalan, boleh hubungi mereka² ini :
Jumaat, 29 Ogos 2008
Salam Ramadhan... Masa Untuk Merdekakan Jiwa, Nafsu & Akal
saya bagi pihak komiti LTSA, ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Meyambut & Beramal Di Bulan Ramadhan Al Mubarak pada semua Muslim & Muslimah di seluruh malaysia dan yang dapat membaca post ini. semoga terbuka hati kita semua untuk beramal dengan lebih kusyu'. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf andai kata ada sebarang kesilapan, ketersinggung perasaan, salah kata kepada pengunjung², performer², rakan usahasama dan rakan² sepanjang tahun ini. diharap dengan sifat kemaafan ini akan membuatkan hati kita semua lebih selesa untuk beramal di bulan Ramadhan ini.
Akhir kata, jaga diri kalian, sayangi diri, keluarga dan yang tersayang. Insyallah, kita bertemu lagi di sesi layar tanchap shah alam pada tahun hadapan.
perhatian : kami memang cuti sampai awal tahun, tapi kami tak berhenti kumpul feedback dan inquiries. jika ada, emel kami. terima kasih
Dicatat oleh nerdfreak di 8:03 PTG 2 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Khamis, 14 Ogos 2008
Rantai Merdeka di Jaya ONE
we are calling all members of the art community,
who are enthusiast and energetic to be a part of this event.
we're having our merdeka art event at
@ jaya one, sek 17, petaling jaya
this coming 29th, 30th n 31st.
there will be art exhibitions, theater,
screenings, art booths, poem recital
and other things that are related to art
more than 20 musicians will be entertaining during
this 3 days event.
*art booth
*art exhibition
*poem recital
*theater sketch
For any info, don’t hesitate to email us your
Inquiries, and please do follow up by calling us.
Email : rantai.art@gmail.com
akim - 0127628324
and we too are scouting volunteers for this event,
if you think you have what it takes, please email us your details.
-----------
More Info At / Lebih Maklumat Di :
RANtAi's Official Site / Laman Rasmi RANtAi
Maaf. Sebarang Kesulitan Amat Dikesali
salam,
kami dalam proses untuk menukar layout blog LTSA, jadi dari semasa ke semasa, mungkin bakal terjadi perubahan yg bakal menyukarkan pelawat blog. kami mohon maaf atas kekalutan ini dan insyallah perkara ini tidak akan berlangsung dalam keadaan lama.
semoga hari anda ceria,
-fauzan
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 3:43 PG 0 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Ahad, 10 Ogos 2008
Terima Kasih & Jumpa Lagi
saya bagi pihak komiti layar tanchap, ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua hadirin yg telah melapangkan masa untuk ke laman budaya shah alam pada 9hb ogos. sesungguhnya sambutan yg diberikan tidak disangka sama sekali. kami amat terharu terhadap sokongan yg telah diberikan. walaupun layar tanchap merdeka merupakan siri layar tanchap shah alam yg terakhir buat tahun 2008. insyallah, kami dan kamu² semua akan berjumpa lagi didalam siri layar tanchap shah alam yg akan datang. sehingga waktu itu tiba, jaga diri kalian dan keluarga.
-fauzan
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 7:11 PTG 3 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Sabtu, 2 Ogos 2008
Layar Tanchap MERDEKA!!
Tarikh: 9 Ogos (Sabtu)
Masa: 3 ptg sampai 12 tgh mlm
Layar Tanchap kembali lagi. Seperti tahun lepas, sekali lagi kita menggunakan tema Merdeka. Jadi eloklah sekiranya pada hari tersebut kita memakai baju kebangsaan atau pakaian yg melambangkan dan sesuai dengan tema merdeka. Kali ini tempoh masa ada lain sikit, start 3 ptg. Antara lain tujuannya ialah kita boleh berkenalan dan beramah mesra lama sikit ^_^ Tempatnya pun di Laman Budaya, selalu kita buat di Galeri Seni kan? Tapi jgn keliru sebab tempatnya lebih kurang sama sahaja, parking tempat yang sama. Bila sampai Galeri Seni, anda juga sudah sgt dekat dgn Laman Budaya, jaraknya lebih kurang beberapa puluh jengkal.
Kita seharusnya bersyukur kerana kita bebas berkarya dan berpeluang untuk mempamerkan bakat seni yang kita ada. Kalau perlu dibandingkan dgn sesetengah negara lain, mereka nak fikir pasal seni pun susah, tapi kita ada platform untuk mengembangkan imaginasi kita. Apa yang kami harapkan ialah kita semua bertegur sapa, tolong menolong dan bergotong royong menjayakan Layar Tanchap Merdeka ini. Juga kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan ini, ia sebenarnya membawa satu pengertian yang besar dan bermakna. Jadi anak-anak muda - bangun, sedar dan bertindak!! ^_^ Aku sayang Malaysia!!!
Kita berjumpa di sana ya!! Salam ^_^
Dicatat oleh defoo di 10:12 PG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Khamis, 31 Julai 2008
ECOKnights Film Fest 2008
EcoKnights is organising an Eco Film Fest (EFF). the first of its kind in Malaysia. therefore are inviting people to participate.
and just recently, one of the programme coordinator for this event, call me and ask if we or anybody i know would like to participate as a performer. i say i look into it, but didnt promise a quick response. and so, i revert to LTSA blog to spread the words.
and if any performer out there would like to participate, give this good lad a call and ask for details because i have none of it. for shizzle~!
016-318 9107
Programme Coordinator
Eco Film Fest '08
Tel : (+603) 7727-6561
Fax: (+603) 7727-6560
http://www.ecoknights.com
Dicatat oleh nerdfreak di 12:27 PG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Sabtu, 19 Julai 2008
Agenda Bulan Ogos
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 6:13 PTG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Ahad, 13 Julai 2008
Cerita Pendek : Bila Pungguk Rindukan Bulan

terima kasih & harap maklum
Rabu, 9 Julai 2008
sedikit kata..
salam rabu kepada semua. saya bagi pihak komiti layar tanchap shah alam dan XL ent. ingin mengucapkan bebyk terima kasih kepada mereka yang telah datang menyaksikan persembahan di galeri seni shah alam. terima kasih kepada galeri seni shah alam dan deo entertainment atas kerja sama yang tidak putus². terima kasih kepada performer (yang mana saya ingat!) : apple juice, sharp shooter, infinatez, luscious, sundae, ana raffali & the marhaens, poet story, syazliana, duniya. booth : muart, bangkit, etoffe & ismeth clothing. dan kepada yang namanya tiada dalam senarai. terima kasih kepada kalian juga~!
insyallah, kita akan jumpa lagi dibulan ogos ini. tarikh masih dalam perbincangan tapi insyallah akan di canang dalam masa terdekat. stay tune ;)
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 2:10 PTG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Isnin, 23 Jun 2008
Layar Tanchap 'SAHABAT'
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 3:16 PG 5 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Ahad, 8 Jun 2008
sedikit perkhabaran terbaru...
sedikit info terkini, kepada yang masih tidak tahu.. komiti Layar Tanchap Shah Alam, sekali lagi ingin menjemput kalian dan kenalan kalian untuk bersama sama memeriahkan majlis di galeri seni shah alam pada 27 jun 2008 bagi satu lagi edisi Layar Tanchap. kali ini kita kembali dengan tema "Sahabat". setelah hampir lima tahun kami bertanchap, sudah ramai manusia yang kami kenal, ada yang hilang, ada yang datang & pergi, ada yang tetap dihati. mereka ini tidak lain merupakan 'sahabat' kami dikala kami mula beresolusi yang seharusnya ada sesuatu tempat untuk berkumpul dan mempersembahkan 'kepercayaan' dan 'kemampuan' kepada mereka yang turut sama percaya. jadi sekiranya kalian turut percaya, bawa teman², kawan², sahabat² ke layar tanchap, eratkan dan jalinkan perhubungan disitu. semoga akan ada perkembangan didalam kehidupan anda kelak.
kepada yang mungkin tertanya².. apa agenda 'bertanchap di KLIA?' yang mungkin ada kedengaran. insyallah, pada 14 Jun 2008, kami Komiti² yang sedia ada akan turut serta menjayakan program Project Green Planet anjuran KLIA sempena Hari Alam Sekitar. kami akan berada disana dibawah nama XL's Green Camp dimana kami, dan performer² yang terpilih akan menjayakan persembahan dan program² lain yang telah diatur oleh pihak KLIA. saya difahamkan tempoh acara akan berlangsung dari 7pagi sehingga 5petang dan akan turut dirasmikan oleh Menteri di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. lebih info mengenai perkara ini akan dipaparkan dalam masa terdekat ini. tapi buat sesiapa yang mampu untuk ke perkarangan KLIA pada 14hb ini, anda dijemput hadir...
Dicatat oleh nerdfreak di 6:35 PG 0 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Khamis, 15 Mei 2008
Malam Akustika RANtAi
kepada yang bertanya.. intai² rancangan komiti sehingga akhir tahun
itu saja buat masa ini, terima kasih
Selasa, 29 April 2008
Group Layar Tanchap Shah Alam @ Facebook™
selaras dengan perkembangan terkini, kini kami telah mewujudkan pula group Layar Tanchap Shah Alam di Facebook™. jadi sudi kiranya pada kalian yang ada akaun facebook untuk add kami dalam senarai group anda di Facebook™. Terima Kasih
p/s :
agenda layar tanchap shah alam di bulan mei 'terusik' skit disebabkan kepadatan dan kesaratan agenda agenda yang melintang.. jadi kami akan canang tarikh baru layar tanchap shah alam selewat lewatnya pada pertengahan bulan mei ini. harap maklum. terima kasih sekali lagi.
Dicatat oleh nerdfreak di 2:08 PTG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement, Promo
Rabu, 23 April 2008
Program Merakyatkan Filem @ Panggung Coliseum, KL

Sabtu, 19 April 2008
group LTSA @ Myspace.com™
jadi dengan ini saya menjemput saudara saudari sekalian (yang ada account Myspace™, yang dah delete atau tak buat lagi, maaf saya tak mampu tolong) agar panjangkan jemputan ni kepada kenalan² anda.... dan yang penting.. dah jemput jiran keliling, awak pun join la skali ye? terima kasih...
alamatnya : http://groups.myspace.com/layartanchapshahalam
yang mencanang,
Pegawai Perhubungan Layar Tanchap (ahaks~!)
Ahad, 6 April 2008
alhamdulillah, selesai sudah...
dan akhir sekali, terima kasih kepada Galeri Seni Shah Alam kerana masih sudi beri tempat kepada kami dan kami minta maaf kalau terbuat sampah dan yang terlepas pandang waktu berkemas, dan DEO Entertainment kerana sponsor PA Sistem untuk malam itu. walaupun secara bidan terjun, akan kami pastikan ada lagi projek usahasama di masa hadapan ;)
Jumpa lagi Bulan Mei ini.. insyallah,
dari komiti & krew:
along, eizani, syai, pojan, afoi, phizy, yani, alvin, sean, eidil, cici, eiyja, e'in, pash & otam.
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 6:12 PTG 0 ulasan
Label: Penyunting / Editor, Ulasan
Khamis, 3 April 2008
tak tau kenapa, tapi kami buat jugak...
setakat ini nama² ini bakal ada di layar tanchap shah alam :
Decma & TCHB
Grey Sky Morning
Ana Raffali
Rintik
Serambi
Pesawat
*Pemuisi² Undangan
**Funky Doryz (Encik Bandu kata mereka akan cuba sampai biarpun terlewat sedikit)
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 2:06 PG 0 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Rabu, 2 April 2008
anda mau flyer?
agak ramai insan² yg skeptikal selagi tidak nampak flyer tanchap. jadi setelah berjaya mencari dan memanipulasi masa, maka permintaan golongan² tersebut telah dimakbulkan.. terimalah... (klu boleh hebah skali.. terima kasih)
Dicatat oleh nerdfreak di 12:47 PG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement, Promo
Isnin, 31 Mac 2008
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Pelancaran Buku "Karya Kita Hak Kita"
Buku ini dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.
Semua dijemput hadir.
11 April 2008 (Jumaat)
Jam 4.00 petang
i-Care Charity Gig
Ahad, 30 Mac 2008
ermm.. flyer takde ke?...
ada beberapa persoalan yang muncul beberapa hari nih, antaranya ialah pasal tarikh, dan terbaru pasal flyers.. salah satu sebab umum sangsi dengan kesahihan berita yang layar tanchap jadi pada 4hb ni ialah ketidak wujudnya flyers yg slalunya, pada waktu ini dah tersebar di sekitar shah alam dan lokasi² terpilih.. itu tak kira e-flyer yang sepatutnya dah tersebar melalui internet.
sesungguhnya atas alasan kerja harian dan faktor masa, kami tidak dan juga untuk membuat sebarang flyer untuk hebahan umum. PERTAMA KALI BERLAKU! tapi kami tidak menganggap ia sesuatu masalah besar kerna layar tanchap bermula dari hebahan mulut ke telinga (terma mulut ke mulut bunyi pelik di dalam bahasa melayu.. maaf). jadi selagi ada manusia yg buka mulut, dan sedia mendengar, dan kembali ke proses pertama tadi kepada individu lain.. kami hargainya dan kami mengalu-alukannya.
senarai persembahan juga dalam proses untuk diperhalusi. stakat ni hampir 80% sudah pasti. mungkin, kalau masa tidak mencemburui kami, kami akan canang nama performer di post selepas ini.
Jangan Berhenti Senyum,
xx Komiti xx
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 2:52 PTG 0 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Ahad, 23 Mac 2008
SAHIH! 040408... maaf atas kekeliruan yang berlaku
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 2:16 PTG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Sabtu, 22 Mac 2008
limaempatlapan atau sebelasempatlapan?
kami baru dimaklumkan dari pihak galeri shah alam yg galeri ada event pada 4hb april nih. jadi kami sedang memikirkan samada hendak buat layartanchap samada pada 5.04.08 atau pada 11.04.08. insyallah kami akan updet dan tetapkan hati dgn keputusan selewat²nya pada 25/26hb ini. sesungguhnya kami pun dah tak sanggup nak tangguh lelama lagi. ada cadangan?
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 2:06 PG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Jumaat, 21 Mac 2008
EmpatEmpatKosongLapan...
betul kot...
jadi ke tak ni?
jadi la kot...
maleh la aku cakap dgn korang ni...
ye ke?
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 2:28 PG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Khamis, 13 Mac 2008
Minggu Setiausaha.. Makan Tengahari Anda Tidak Mungkin Menjadi Lebih Mengasyikkan...
Isnin, 10 Mac 2008
Pelancaran Pameran Seni Residen Artis Galeri Seni Shah Alam
sekadar menyampaikan pesan...
opening exhibition "Resident Artist- Intan Rafiza Abu Bakar"
Host:
GALERI SHAH ALAM
Type:
Music/Arts - Opening
Time and PlaceDate:
Saturday, March 15, 2008
Time:
8:00pm - 11:00pm
Location:
Galeri Shah Alam,
Persiaran Tasik, 40000,
Shah Alam, Malaysia
Contact Info
Phone:
0133771850
Email:
fixar_81@yahoo.com
Cordially invites all of you to the opening Art Exhibition " Resident Artist- Intan Rafiza Abu Bakar".
Will be launching by:
Datuk A.Samad Said
Special performing from:
Black, Rahmat, Arus Pelangi, Aisyah, Arjuna and open mic!!
# admission free.
saya difahamkan slot utk persembahan masih ada (open mic), siapa yang rasa berkenan, boleh tanya terus kepada residen artis utk temujanji seterusnya (sila lihat no telefon diatas)
Jumaat, 29 Februari 2008
Tunda... siapa yang suka? hakikatnya terpaksa
diharap anda yang membaca berita ini dapat menyebarkan perkhabaran ini kepada rakan taulan, sahabat handai, jiran tetangga, sedara mara yang telah menyimpan niat untuk pergi ke galeri seni bersama rakan taulan, sahabat handai, jiran tetangga dan sedara maranya pada hari kejadian.
sekali lagi kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang berlaku, dan kami juga memohon maaf kepada performer yang mungkin telah melakukan persiapan untuk ke layar tanchap di bulan mac ini. sekiranya masih ada kesudian, tempat kalian masih ada menanti di bulan april ini dan kami bakal berhubung dengan kamu² (performer) mengenai tarikh baru acara dan tindakan-tindakan yang boleh diambil bersama.
untuk kesekian kalinya kami, Ahlil Komiti, juga bagi pihak XLE, TPC, Galeri Seni, Nasyeed.com, Souldelite.com memohon maaf kepada semua yang telah berhajat untuk ke galeri seni bagi memeriahkan acara layar tanchap mac ini, diatas segala kesulitan yang berlaku.
serba salah,
-fzn-
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 11:28 PTG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Rabu, 27 Februari 2008
Eksperimentasi : alamat baru...
hari ini saya dapat idea
hari ini saya cuba
apa kata awak cuba sama?
alamat ke blog LTSA sudah ditambah (status beta). boleh bookmark atau hapal atau tulis di aplikasi tulisan kesukaan.. cuma jangan conteng di harta awam sudah..
http://layartanchapshahalam.blogspot.com (alamat #1)
http://ltsa.blogsite.org (alamat #2)
apa beza?
- penggunaan abjad yg kurang sebanyak 51.52%
- mungkin lebih memudahkan sesiapa utk mengingati?
apa sama?
blog yang sama..
jika ada masalah dgn alamat #2. sila guna alamat #1 dan jgn lupa laporkan pada kami. terima kasih
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 11:08 PTG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Ahad, 24 Februari 2008
BARU : format penyertaan gambar dilayar..
pemberitahuan ini ditujukan khas kepada rakan² jurukamera yang ingin menghantar gambar untuk tujuan slideshow di layar tanchap shah alam. berikut merupakan sedikit pesanan dan panduan asas yang ingin saya kongsi bersama...
- anda boleh, digalakkan menghantar 5-10 gambar per person. sekiranya lebih, boleh dibawa bincang dulu dengan komiti. pada anda yang ingin menghantar kurang dari 5 gambar, gambar kalian akan dicampurkan kedalam folder gambar 'campuran' kami.
**baru tambah** format gambar yg boleh dihantar kepada kami ialah jpeg, jpg, gif (non-animated), dan png. klu anda ada niat mau cuba hantar format psd, ai, pcx, tiff atau selain yg dinyatakan diatas. sila convert dahulu.
juga diingatkan, setiap imej yg dihantar mestilah didalam stand-alone still image format seperti yg dinyatakan diatas, bukan yg telah di-compile menjadi format movie (avi, mpeg, m4a, 3gp dan sekutu²nya) format ini tidak compatible dengan perisian slideshow kami. sila jangan pentingkan diri sendiri. terima kasih (gambar² yg dihantar, tetapi telah di compress menggunakan winzip atau winrar masih dibolehkan cuma kami tidak bertanggungjawab terhadap komplikasi yg bakal muncul sekiranya file zip/rar corrupt)
- proses penghantaran gambar kepada komiti digalakkan melalui email layartanchap.sa@gmail.com dengan tajuk "SLIDESHOW". cara lain tidak diterima.
buat masa ini, kami tidak lagi akan menerima permintaan untuk menayangkan gambar secara "last minit" tanpa pertimbangan kami kerana ia bakal mengganggu "rentak" dan aturan sistem aplikasi perisian yang telah dibuat untuk malam itu. ini telah terbukti berlaku dan telah menimbulkan masalah berkait dan gangguan emosi pada pihak² tertentu terutama sekali pada mereka yang telah bersusah payah, minta bantuan rakan² hantar sikawan ke galeri supaya termakbul harapan sikawan tu dapat kongsi gambar dilayar tanchap tapi bila last minit submit, alih² gambar tak kluar, lalu kami dimarah didalam hati kerna telah menyusahkan rakan si kawan tadi yang telah memandu meredah lalulintas, mencari tempat yang tak familiar dan menghabiskan minyak dan masa rakannya. kami faham kemarahan itu jadi kami sepakat untuk tidak mengizinkan kamu ada perasan marah pada malam itu. jadi seelok-eloknya, hantarlah gambar² itu selewat lewatnya dua/tiga hari sebelum tarikh acara (contoh layar tanchap 7hb mac.. hantarlah ia sekitar 5-6hb.. lagi awal lagi molek).
sebab kedua kenapa kami tidak lagi akan menerima gambar 'byhand' ialah kerna takut medium yang disampaikan kelak bervirus dan kehilangan tanpa dapat dikesan. kami ada satu laptop beroperasi malam itu, jadi sekiranya ditakdirkan ia kena sampuk malam itu, maka terbantutlah salah satu acara malam itu.
- sukacita diingatkan, setakat ini kami tidak pernah lagi meletakkan had saiz paparan gambar yg ingin dihantar kepada kami. semuanya atas percaturan dan pertimbangan kamu sendiri. dengan kata lainnya, ikut yang sesuai.. jika kamu sanggup attach satu fail gambar bersaiz 3-4mb sebanyak 5 keping.. atau 10 keping.. kami juga sanggup untuk muat turun gambar² itu dari email kami.. serius ni tak tipu. tapi andai berlaku ketidakserasian dengan sistem slideshow kami kelak, kami mungkin terpaksa downsize kan juga saiz kepada yang lebih munasabah dan mesra sistem. seandainya perkara tersebut berlaku, akan kami beritahu melalui email...
- kami juga masih belum dipaksa mengetatkan syarat² jenis gambar yang dibolehkan untuk tujuan paparan. setakat ini, syarat nyata yang paling asas ialah tiada gambar yg boleh atau ada unsur provokasi minda dan perasaan. sekiranya ada, kami syorkan anda tidak menghantar gambar tersebut kepada kami kerna kami pasti tidak akan menyiarkan gambar tersebut tanpa penjelasan yang terpeinci. in short, self-censorship is a welcome exercise. syarat nyata kedua ialah gambar yang ada hak cipta terpelihara. walaupun kami mungkin tidak akan tahu kesahihan hak milik gambar yang dihantar kepada kami, kami tidak teragak agak untuk memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memudahkan proses perlaksanaan undang undang membabitkan hak cipta gambar² yang tersiar semasa acara layar tanchap berlangsung. if u cant be original, learn from the original...
** PERINGATAN : notis diatas hanya untuk jurukamera dan foto²nya saja. panduan untuk filem pendek akan di titip di post yang lain... **
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 1:40 PG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Terima Kasih Warga UITM Puncak Perdana!
kepada yang tetiba terbaca dan tertanya... sudahlah benda dah lepas... datang saja ke galeri seni shah alam 7hb mac ini untuk 'selagi kali' bertanchap bersama kami...
Pembetulan : Willow
Jumaat, 22 Februari 2008
SUARA².satumalam.satutempat.satusebab.
disklaimer :
dengan ini saya tau yang acara ini akan berlangsung serentak dengan layar tanchap di bulan mac. tiada paksaan dan tiada perasaan hasad dengki sewaktu artikel ini ditulis. sama² berhibur dengan niat yang baik, tak salahkan?
"we spread love, not hatred"
fauzan
Ahad, 17 Februari 2008
untuk warga UITM Shah Alam, khas dari FACT
Sabtu, 16 Februari 2008
kata orang boleh sebarang, kata kita dengarlah juga...
sukacita dimaklumkan bahawa layar tanchap shah alam yang telah dirancang akan berlangsung pada 7hb Mac ini akan dilangsungkan seperti yang telah diwar-warkan. kami telah dimaklumkan oleh pihak yang berkuasa tidak timbul sebarang isu/soalan berkaitan pemilihan tarikh acara yang berdekatan dengan tarikh pilihanraya. segala persiapan juga buat masa ini masih berlangsung seperti biasa. sekiranya ada diantara kalian yang ingin turut serta memeriahkan acara dengan persembahan/jualan, anda masih boleh mengesahkan penyertaan dengan menghubungi kami melalui email : layartanchap.sa@gmail.com atau hubungi syai : 0192566929, yani : 0163559664 atau fauzan : 0166283475 jika masih mempunyai sebarang kemusykilan.
info setempat
kepada yang masih belum tahu :
tarikh penamaan calon : 24hb Feb. 2008
tarikh pilihanraya umum : 8hb Mac 2008
.. kepada yang sudah mampu, jangan lupa tunai tanggungjawab kalian~!
Dicatat oleh nerdfreak di 7:23 PTG 0 ulasan
Label: Pemberitahuan / Announcement
Selasa, 12 Februari 2008
ada bakat? jangan di bazir

baru minggu lepas saya dititipkan eposter ini dari seorang teman. dari paparannya secara pandangan pertama memang menyatakan "ohno, not another art event.. tgh sengkek nih". tapi bila diamati, baru terperasan yang ia merupakan sebuah program anjuran kelab Interact di sebuah sekolah di subang jaya. terus akal mentafsirkan keadaan sebagai sesuatu yang ajaib. kekanak sekolah la ni sungguh bertuah, zaman saya sekolah dulu. harapkan hari kantin je la nak nampak meriah. apa yang saya cuba sampaikan kat sini, pihak sekolah sudah agak terbuka dengan cara remaja skarang. mereka benar² mengikut kata praktikal 'if you cant beat them, join them'.. sesungguhnya dari dibiarkan kekanak ini berpeleseran di tempat² yang mungkin asing (tak tau la takrifan asing utk golongan mereka ini, mungkin dah tak relevan kot anggapan si 27tahun nih), lebih baik dianjurkan satu acara yang boleh diawasi perlakuannya.
persoalan disini, kekanak ini mungkin terpengaruh dengan apa yang dilihat sebagai 'cool' dan mencadangkan agar sesuatu acara yg hampir serupa untuk dijadikan acara peringkat sekolah mereka dan secara tidak langsung membuatkan sekolah mereka kelihatan 'cool' dimata jabatan pendidikan dan umum. tetapi, mampukah pihak yang ingin turut serta menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mesra sekolah disamping mampu memberi direktif kepada jiwa² murni ini?
dari segi konsep, memang banyak sub-acara yang boleh diisi dengan pengisian yang betul. jangan terlalu difikirkan tetang untung dan coolness. harapan peribadi saya, sekiranya ada yang berminat untuk turut serta, tak kisahlah sebagai apa sekalipun, datanglah dengan niat yang betul. anda mungkin menjadi idola jiwa² murni ini. jadi tidak salah buat sesuatu yang berguna untuk jiwa mereka... skali skala ok apa? -fzn-
Rabu, 6 Februari 2008
Selasa, 5 Februari 2008
Suria Lounge : Musik Yang ANDA Suka~!
berikut artikel yang dipetik dari blog DJ Taj...
By Taj on Thursday, January 10, 2008salaam, semua
this time around, taj ada satu lagi announcement for you guys. starting this year, suria lounge is getting a revamp. untuk hari sabtu yang terakhir untuk setiap bulan, for one hour, we will have a live jam by our local talents untuk menghiburkan semua klik suria yang setia. this won't be any slap-dash improv, mind you. tapi kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tune-in to suria lounge kan? satu lagi, bagi setiap sabtu yang pertama dan ketiga, taj juga akan ditemani oleh beberapa personaliti seni tempatan. tak kisahlah, antara penyanyi ke, komposer ke, musician ke, pr ke, manager ke, or even pelukis, penulis atau penggerak seni yang aktif. bukan untuk interview, itu semua orang buat, tapi untuk lepak berbual while enjoying music that we can groove to. jadi, bila ada tamu tu, kalaulah ada klik suria yang berminat dengan mana-mana kategori kesenian yang ada, bolehlah join-in dengan memanggil taj dan tamu di studio untuk bertanya apa-apa ataupun untuk berkenalan, right?
in the meanwhile, stay tuned to your favourite station, SuriaFM and keep groovin to 'music YOU like' di Suria Lounge, tiap Sabtu, 8-10 malam. "Many say that life entered the human body by the help of music, but the truth is that life itself is music." -Hafiz
Selasa, 29 Januari 2008
Perasmian Kedai Konsep 'The SuperSunday'

pade sesape yg minat ngan seni ceconteng dinding, ble la dtg ke kdai dorang ni..agak cool la..aku dh pegi..mmg best..ini salah satu lagi langkah utk memartabatkan arena seni tanah melayu..kalo korang nk carik bebaju dari bebudak indie, ble la carik kt situ jgak..dannnn..kalo korang ade buat pape je yg melibatkn seni dan bole dijual atau nk dijual..ble la ltak kt kdai dorang ni...so..jmpe reramai kt sane...
dikorek dn ditaip oleh : syai
Video Layar Tanchap Januari #1. (Edisi Kaum Hawa)
Dicatat oleh Layar Tanchap Shah Alam di 4:34 PTG 0 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Sabtu, 26 Januari 2008
IKLAN : Whoa! Willow
Khamis, 24 Januari 2008
masakan pokok boleh bergoyang tanpa hembusan sang angin...
salam khamis buat semua pengunjung blog LTSA...
sekadar pemberitahuan... tanda awal² di kalendar/organizer kamu dan teman².. 7hb mac 2008 ;)
jangan lupa SENYUM!
xxfznxx
Dicatat oleh nerdfreak di 2:40 PG 0 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Rabu, 16 Januari 2008
Jumaat, 11 Januari 2008
sesuatu yang lebih penting
Dicatat oleh nerdfreak di 1:18 PTG 0 ulasan
Label: adik sharlinie, kehilangan, Pemberitahuan / Announcement, Penyunting / Editor
Selasa, 8 Januari 2008
ulasan layar tanchap.. pandangan sipemerhati
dari Click A Child
ulasan dua :
dari Encik Kevin Yeoh
mahukan ulasan anda di kepil bersama ulasan² ini?
email kami dgn link anda. insyallah kami proses...
Dicatat oleh nerdfreak di 6:19 PTG 1 ulasan
Label: Penyunting / Editor
Isnin, 7 Januari 2008
terima & sama² kasih..
dikesempatan ini juga, sy bagi pihak komiti ingin meminta maaf andaikata terdapat sebarang salah dan silap sepanjang acara ini berlangsung, minta maaf kepada pengunjung yg mungkin tidak selesa dgn kesan kepadatan tempat, minta maaf kepada karyawan² yg mungkin terganggu persembahan kalian disebabkan sebarang masalah berkaitan pa sistem, teknikal, konflik jadual
.. minta maaf juga kepada gerai² disebabkan kekurangan kami. maafkan kami jika kami ada terlanjur kata, tersilap perhitungan dengan sesiapa saja yg berada di galeri seni.
semoga kita berjumpa lagi.. insyallah di bulan mac ini
KOMITI™,
along
syai
fauzan
yani
alvin
afoi
eizani
fizy
sean
eidil
cici
Dicatat oleh nerdfreak di 1:20 PTG 2 ulasan
Label: Penyunting / Editor